6bulan ago
PASIR GUDANG, 29 Julai (Bernama) -- Johor Port Bhd telah menyiapkan peluasan kemudahan jeti cecair bernilai RM140 juta untuk meningkatkan kapasiti dan memperkukuh kedudukan Pelabuhan Johor sebagai hab pukal cecair utama di Asia Tenggara.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mengekalkan sasaran keuntungan sebelum cukai (PBT) antara RM369 juta dan RM408 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 (tahun kewangan 2025).
6bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan & Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Penubuhan sebuah kementerian atau agensi pusat untuk memantau pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) mampu menjadi pemangkin kepada pembaharuan menyeluruh kerajaan, kata seorang ahli akademik..
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Oxford Innotech Bhd mencatat kemunculan pertama yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada harga 36 sen yang juga premium sebanyak tujuh sen atau 24 peratus lebih tinggi daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) pada 29 sen.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Mekanisme Automatic Fuel Adjustment (AFA) bagi menggantikan sistem sebelum ini bertujuan memastikan semakan tarif elektrik yang lebih telus dan sejajar dengan realiti pasaran bahan api global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
6bulan ago
JOHOR BAHRU, 29 Julai (Bernama) -- Pengeluar badan bas berpangkalan di Johor, Sun Bus Tech Sdn Bhd menyasarkan untuk menyiapkan 310 bas Rapid KL di bawah projek pemasangan tempatan dengan Prasarana Malaysia Bhd menjelang Februari 2026.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- TechStore Bhd melalui unit milik penuhnya, Tech-Store Malaysia Sdn Bhd telah meraih kontrak bernilai RM7.75 juta daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi menyediakan perkhidmatan pajakan dan latihan untuk empat mesin pengimbas bagasi dan dua mesin pengimbas badan berserta aksesori.
6bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Loji jana kuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) dijangka berperanan penting dalam menangani isu jurang grid kuasa dan ketidaktentuan tenaga solar, ketika Malaysia berusaha mencapai matlamat sifar bersih menjelang 2050, kata seorang pakar.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia meneliti cadangan pemberian insentif kepada pelabur yang mengoptimumkan penggunaan pelabuhan tempatan, khususnya di Pulau Pinang dan Kuala Perlis.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) akan terus meraih tarikan dalam kalangan pelabur, institusi dan pihak berkepentingan serantau.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Paydibs, penyedia pembayaran digital tempatan kini secara rasmi dilantik sebagai pemeroleh pihak ketiga langsung bagi sistem pertukaran proses kewangan (FPX) oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), sekali gus menjadikannya antara10 pemeroleh bukan bank yang dihubungkan terus dengan infrastruktur FPX PayNet.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.