11bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bersedia bekerjasama dengan semua agensi berkaitan, termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) untuk terus membangunkan Malaysia sebagai hab kewangan digital yang inovatif dan bertanggungjawab.
11bulan ago
Oleh D.Arul Rajoo
LONDON, 16 Jan (Bernama) -- Ekuiti dan pasaran modal hutang Malaysia berjumlah RM4 trilion berada pada kedudukan baik untuk menyokong pertumbuhan negara, membolehkan perniagaan dan pelabur mendapat faedah daripada peluang baharu yang muncul, kata Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar hari ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Industri rantaian bekalan dan logistik Malaysia menerima rangsangan hari ini apabila lebih 150 pemimpin industri bersidang di forum “Future of Supply Chains: Optimising, Planning, and Automating for Success”, anjuran bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Ally Logistic Property (ALP).
11bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 16 Jan (Bernama) -- Johor mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM2.1 bilion pada tahun lepas, tertinggi yang pernah direkodkan, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Sarawak Oil Palms Bhd menyasarkan perolehan RMB2.4 juta (RM1.5 juta) apabila produk utama mereka, AvantHealth Avtriee Tocotrienols, mula dipasarkan di pasaran China.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Program pembangunan vendor tempatan yang diuruskan bersama oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Infineon Technologies (Kulim) Sdn Bhd akan memberi manfaat kepada 139 syarikat tempatan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Malaysia akan menangani isu pemerdagangan sisa di peringkat serantau dan global dalam kapasitinya sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Dr Aminar Rashid sebagai pengerusi ahli lembaga pengarahnya yang baharu berkuat kuasa serta merta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menjalin kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian daripada Inisiatif Kecerdasan Buatan Malaysia MADANI (MMAI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) dijangka dapat meningkatkan jumlah perdagangan dua hala sekurang-kurangnya 60 peratus dalam tempoh lima tahun, yang seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi lebih mampan.
1tahun ago
PETALING JAYA, 14 Jan (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) berkemungkinan mengekalkan pendiriannya untuk tidak membiayai projek pembangunan penjanaan tenaga nuklear sambil mengkaji semula dasar tenaganya tahun ini, walaupun sumber tenaga alternatif itu semakin popular.
1tahun ago
PETALING JAYA, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia akan mengkaji semula program tenaga nuklearnya untuk dijadikan sebagai sumber tenaga yang berpotensi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.