10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Keuntungan dana insurans hayat dan takaful keluarga pada separuh kedua 2024 menurun kepada RM4.1 bilion berbanding separuh masa pertama iaitu RM8.4 bilion , didorong oleh keuntungan bersih belum direalisasikan yang lebih rendah daripada portfolio pelaburan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai penjual bersih di lapan pasaran Asia dengan jumlah aliran keluar dana mencecah US$564.9 juta pada minggu lepas, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
10bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang kukuh tetapi kemudiannya merosot disebabkan kekurangan pemangkin baharu.
10bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka terus diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan dengan kecenderungan meningkat sedikit menjelang cuti Hari Raya, kata penganalisis.
10bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan secara berhati-hati minggu depan berikutan ketidakpastian global.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) mengekalkan prospek stabil terhadap sektor perbankan Malaysia pada 2025 meskipun terdapat tekanan luaran.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) akan terus mengekalkan disiplin dalam menguruskan portfolio pelaburannya bagi memastikan pemeliharaan modal yang selamat serta pulangan dividen yang mampan di sebalik cabaran ekonomi global pada 2025.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Aktiviti dagangan di bursa aset digital (DAX) tempatan meningkat dengan mencatatkan purata nilai dagangan harian RM38.06 juta pada 2024 berbanding RM14.88 juta pada 2023, berikutan prestasi positif aset yang didagangkan, kata Suruhanjaya Sekuriti (SC).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Penyertaan dagangan pelabur asing di pasaran domestik meningkat kepada 36.20 peratus daripada jumlah aktiviti dagangan pada 2024 berbanding 29.51 peratus pada 2023.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Jumlah dana komited dalam industri pasaran modal pada penghujung 2024 bagi ekuiti swasta (PE) dan modal teroka (VC) masing-masing berjumlah RM18.01 bilion dan RM6.70 bilion menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM24.70 bilion.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Pengumpulan dana oleh Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF) menerusi platform pendanaan awam berasaskan ekuiti (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (P2P), melonjak kepada RM2.5 bilion pada 2024 berbanding RM2.2 bilion pada tahun sebelumnya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) bagi industri pengurusan pelaburan di Malaysia meneruskan trajektori peningkatan dan mencapai nilai RM1.07 trilion setakat 31 Dis, 2024, meningkat daripada RM975.48 bilion pada 2023.