9bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi selaras dengan keuntungan di Comex berikutan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang semakin memanas mula meningkatkan minat membeli.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- ASEAN akan mengadakan dialog yang jujur dan konstruktif dengan Amerika Syarikat (AS) untuk menangani isu kebimbangan berkenaan perdagangan selepas Washington mengenakan tarif kepada 168 negara termasuk semua negara anggota blok Asia Tenggara.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Negara anggota ASEAN memberi tumpuan untuk menghapuskan gangguan agar menjadi lebih cekap untuk membuka ruang bagi rundingan dengan Washington yang menyuarakan kebimbangan terhadap halangan tarif dan bukan tarif.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- ASEAN perlu mengekalkan pendirian berkecuali dalam bahang perang dagangan global berkaitan tarif membabitkan kuasa besar Amerika Syarikat (AS) dan China, kata mantan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Andrew Sheng.
9bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Hari ketiga Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 dan mesyuarat berkaitan, menyaksikan perbincangan produktif antara menteri ASEAN dan majlis perniagaan utama.
9bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutan pada akhir dagangan Selasa, diasak aktiviti jualan merentasi papan indeks di tengah-tengah bahang perang dagangan global yang kian meruncing dengan indeks penanda aras melepasi paras 1,400.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia terus ditutup lebih rendah pada Rabu, dipengaruhi oleh penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari ini kerana sentimen pasaran kekal lemah dalam persekitaran kebimbangan terhadap langkah tarif yang agresif.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penurunan di Wall Street dan dalam persekitaran pelabur bersikap berhati-hati terhadap tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa hari ini.
9bulan ago
Oleh Siti Baaqiah Mamat
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Langkah menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dan Portal Fraud Kebangsaan membuahkan tanda-tanda awal kejayaan dalam memerangi peningkatan kes penipuan yang dilaporkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April -- Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan terjejas oleh kebimbangan pasaran yang berlarutan terhadap kadar tarif Presiden AS Donald Trump.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada Selasa seiring penurunan negara serantau berikutan sentimen global yang dipengaruhi kebimbangan mengenai keputusan kadar tarif Amerika Syarikat (AS) dan perang dagangan yang semakin meningkat, kata seorang peniaga.