1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan 2024 pada Selasa dengan menokok sebanyak 0.28 peratus, dipacu oleh momentum belian saham wajaran tinggi terpilih, sekali gus menyanggah prestasi penurunan di peringkat serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) – Kepakaran Malaysia dalam produk-produk makanan halal yang disertai input bahan mentah pertanian premium Peru seperti quinoa, biji chia dan kacang gajus, menawarkan potensi besar bagi peluang usaha sama (JV) antara kedua-dua negara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$118.35 bilion (US$1=RM4.45), manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$255.72 juta pada akhir November 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kalangan negara ASEAN boleh mencontohi langkah Malaysia untuk memperbaharui beberapa perjanjian perdagangan dua hala dengan negara rakan bagi meliputi elemen kemampanan dan dinamik perubahan landskap pelaburan global.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Ketika 2024 hampir menutup tirainya, industri automotif dilihat begitu menyerlah bukan sahaja kerana mencatatkan jualan kenderaan yang lebih baik daripada jangkaan tetapi juga dengan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama buatan Malaysia yang begitu dinanti-nantikan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Majlis Kesatuan Eropah (EU) secara rasmi menerima penangguhan pelaksanaan peraturan penyahhutanan EU selama setahun.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 19 Dis (Bernama) – Turkmenistan dan Malaysia sedia mengukuhkan lagi kerjasama ekonomi dua hala yang menumpukan aspek tenaga, perdagangan dan inovasi, kata Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedow.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Xindeco IoT Malaysia Sdn Bhd merasmikan kemudahan pembuatan Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) termaju di Nilai, Negeri Sembilan, menjadikannya sebagai hab pengeluaran RFID terbesar di Asia Tenggara.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Previnna Thuraisingam
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 107.5 juta e-invois daripada pembayar cukai sejak sistem itu dilaksanakan pada 1 Ogos lepas.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 18 Dis (Bernama) -- Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCECRL) hari ini secara rasmi mewujudkan sebuah syarikat operasi (OpCo) dengan nisbah kepentingan 50:50 bagi tujuan pengoperasian dan penyelenggaraan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kriteria baharu bagi pengecualian audit penyata kewangan untuk syarikat persendirian akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan, 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Malaysia berpeluang mempelajari dan menerima pakai amalan terbaik dari China bagi memajukan peralihan tenaga dalam rangka pembangunan ekonomi baharunya, untuk memastikan peralihan tenaga yang adil dan saksama sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).