9bulan ago
PUTRAJAYA, 2 Mei (Bernama) -- Syarikat pengeksport sarung tangan getah perlu memastikan produk mereka benar-benar melalui proses pembuatan dalam negara untuk layak menerima sijil asal yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
9bulan ago
PUTRAJAYA, 2 Mei (Bernama) -- Malaysia sedang melakukan persiapan rapi bagi rundingan tarif rasmi dengan Amerika Syarikat (AS), dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mengutamakan keperluan untuk melindungi kepentingan sektor komoditi negara khususnya sawit.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 2 Mei (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) komited untuk terus meneraju pembangunan sawit negara ke arah industri yang lebih pintar, mampan dan berdaya saing, selaras dengan agenda nasional memperkasa ekonomi hijau serta pendigitalan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, didorong oleh prestasi bercampur-campur dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
9bulan ago
LABUAN, 1 Mei (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) mengumumkan pelantikan Affendi Rashdi dari Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai Ketua Pengarahnya yang baharu bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 Mei 2025 hingga 30 April 2027.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) secara kolektif melaksanakan dasar gaji kehidupan, memastikan semua pekerja tetap warganegara Malaysia kini memperoleh pendapatan melebihi ambang gaji bulanan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, May 1 (Bernama) -- Pavilion Malaysia berada di landasan untuk mencapai sasaran 1.5 juta pengunjung dan menjana peluang perdagangan dan pelaburan bernilai RM13 juta di Expo 2025 Osaka yang berlangsung dari 13 April hingga 13 Okt 2025, kata pengarahnya Ellyza Mastura Ahmad Hanipah.
9bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April 30 (Bernama) -- Pengeluar dan pembekal utama papan litar bercetak (PCB), Sustio Sdn Bhd, anak syarikat Simmtech Group menyiapkan pembesaran fasa 2 bernilai RM326 juta dengan pembukaan kilang operasi keduanya di Batu Kawan, Pulau Pinang.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Hari ini menandakan berakhirnya tempoh perkhidmatan Nik Mohamed Din Nik Musa sebagai Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) menetapkan hala tuju bagi 2025 dengan komitmen terhadap pembaharuan kawal selia, inovasi digital dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif seperti digariskan dalam Laporan Pasaran Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) 2024 hari ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pusat Perniagaan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam sektor utama pada 2024 dipacu oleh kebolehsesuaian kawal selia dan inovasi pasaran.