BERITA TERKINI   Dua penguat kuasa MBPP cedera selepas belon berisi gas ringan yang dirampas meletup dan terbakar di Lebuh Union semalam - MBPP | 

Terdapat 7299 berita berdasarkan kata kunci carian "sara"

Bank Islam, PMB Investment Bentuk Pakatan Strategik Perluaskan Peluang Pelaburan Patuh Syariah

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- PMB Investment Bhd dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mewujudkan kerjasama strategik yang bertujuan mengembangkan peluang-peluang dalam pelaburan patuh syariah.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Jualan Saat-saat Akhir

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum belian yang dicatatkan hampir sepanjang hari dagangan untuk ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan saat-saat akhir di tengah-tengah prestasi lemah pasaran serantau. 

Kerajaan Lulus RM141.72 Bilion Pelaburan Digital Sehingga Oktober 2024 -Gobind

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Sebanyak RM141.72 billion pelaburan digital diluluskan kerajaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Pos Malaysia Tambah 1,092 Motorsikal Elektrik Modenas

GURUN, 12 Nov (Bernama) – Pos Malaysia Bhd telah menambah 1,092 motosikal elektrik kepada kumpulannya sebagai sebahagian daripada matlamat untuk menukar semua kenderaan penghantaran jarak terakhirnya kepada kenderaan elektrik (EV) menjelang 2030.

Lonjakan IPO Malaysia Cermin Keyakinan Pelabur Terhadap Bursa Tempatan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) – Tawaran awam permulaan (IPO) Bursa Malaysia Bhd kembali mencatatkan lonjakan, mencerminkan keyakinan semula pelabur terhadap bursa tempatan itu ketika 2024 semakin melabuhkan tirainya.

Hartalega Catat Penurunan Dalam Untung Bersih Suku Kedua Kepada RM8.63 Juta

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Hartalega Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM8.63 juta bagi suku kedua berakhir 30 Sept, 2024 (tahun kewangan 2025) daripada RM27.70 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Wawasan Putrajaya APEC, Pelan Tindakan Aotearoa Pemacu Komuniti Dinamik Dan Inklusif

Daripada M. Saraswathi

PERU (Lima), 12 Nov (Bernama) -- Wawasan Putrajaya APEC 2040 dan Pelan Tindakan Aotearoa akan terus menjadi panduan bagi memacu forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke arah komuniti dinamik serta inklusif, kata Pengerusi Pegawai Kanan APEC Carlos Vasquez.

Indeks Harga Seunit Keluli, Logam Bagi Oktober Susut Negatif 0.6-4.9 Peratus

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Indeks harga seunit keratan keluli dan logam bagi Oktober 2024 mencatat penurunan negatif 0.6 hingga negatif 4.9 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak berbanding bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia Kekalkan Momentum Meningkat Pada Tengah Hari

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia terus mengekalkan momentumnya dalam wilayah positif pada tengah hari Selasa, menyanggah prestasi penurunan di peringkat pasaran serantau.

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Menguncup 13.9 Peratus Kepada 30,929 Tan Pada September - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia menguncup 13.9 peratus kepada 30,929 tan pada September 2024 daripada 35,908 tan pada Ogos 2024, mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Sarawak Terima FDI RM31.8 Bilion Dalam Industri Teknologi Tinggi Daripada 2019-2023

KUCHING, 12 Nov (Bernama) -- Kerajaan Sarawak meluluskan pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM31.8 bilion untuk industri berteknologi tinggi seperti elektrik dan elektronik, kimia serta logam hijau bagi tempoh 2019 hingga 2023.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya lebih rendah dalam dagangan awal.