BERITA TERKINI   Liga Super: KL City FC 4-0 DPMM | Liga Super: Selangor FC 1-0 Kuching City FC | Liga Super: Sabah FC 1-6 JDT | 

Terdapat 1790 berita berdasarkan kata kunci carian " asia"

Malaysia Komited Majukan Kerangka Rantaian Bekalan Semikonduktor ASEAN - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Malaysia, menerusi platform seperti Sidang Kemuncak Semikonduktor ASEAN (ASEMIS) 2025 komited untuk memajukan Rangka Kerja ASEAN bagi Rantaian Bekalan Semikonduktor Bersepadu dan mengukuhkan peranan rantau ini dalam memastikan keterjaminan teknologi global.

Ekonomi Malaysia Berada Pada Landasan Kukuh - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berada di landasan kukuh dan meyakinkan di sebalik segala keresahan dan kekangan yang berlaku, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringgit Ditutup Tinggi Menjelang Tempoh Akhir Rundingan Tarif AS

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Selasa dalam keadaan prestasi bercampur-campur mata wang serantau berikutan pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang tempoh akhir rundingan tarif Amerika Syarikat (AS), menurut penganalisis.

99 Peratus Rakyat Malaysia Dijangka Guna Pembayaran Digital Tahun Depan - Mastercard

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Penggunaan pembayaran digital dijangka meningkat di Malaysia, dengan 99 peratus pengguna berkemungkinan menggunakan kaedah pembayaran digital baharu pada tahun hadapan, menurut tinjauan oleh Mastercard.

Usaha Rapatkan Jurang Digital Penting Untuk Sokong Pertumbuhan Inklusif Logistik Sabah

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 22 Julai (Bernama) -- Sektor logistik dan perdagangan Sabah hanya boleh berkembang maju sekiranya usaha untuk mendigitalkan industri dipadankan dengan sokongan padu terhadap perniagaan kecil dan komuniti luar bandar, kata seorang pakar logistik serantau.

Data, Pendigitalan Penting Dalam Manfaatkan Potensi Perdagangan Sabah

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 22 Julai (Bernama) -- Data dan pendigitalan menjadi alat yang penting dalam memanfaatkan sepenuhnya potensi perdagangan dan logistik Sabah, kata seorang pakar logistik.

Tarif, Ketidaktentuan Dalaman Dan Luaran Bayangi Separuh Pertama 2025 Sektor Perkapalan

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) – Pemain industri perkapalan Malaysia mengemudi separuh pertama 2025 secara berhati-hati dalam mendepani cabaran pasaran serta beroperasi dalam persekitaran kompleks yang memerlukan strategi lebih cermat dan berhemat.

Ringgit Meningkat Untuk Ditutup Lebih Tinggi Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Politik Jepun

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan kenaikan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Isnin, apabila dolar AS bergelut untuk meningkat di tengah-tengah ketidaktentuan politik di Jepun, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Hampir Tidak Berubah Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah pada Isnin, dengan indeks utama susut 0.08 peratus, mencerminkan sentimen pasaran yang berhati-hati di tengah-tengah perkembangan domestik yang bercampur-campur. 

Sabah Dijangka Keluarkan Hasil Marin RM3.25 Bilion Setahun Menerusi Ekonomi Biru

KOTA KINABALU, 20 Julai (Bernama) -- Sebanyak 491,000 tan hasil marin bernilai RM3.25 bilion setahun, seperti ikan dan udang, dapat dikeluarkan oleh negeri ini menerusi Ekonomi Biru Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran RM4.24-RM4.26 Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran RM4.24 hingga RM4.26 minggu depan di tengah-tengah petunjuk bercampur-campur dalam pasaran.

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Tinggi, Didorong Aliran Meningkat Harga Minyak Mentah

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh harga minyak mentah yang mencatatkan aliran meningkat, kata peniaga.