8bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih kukuh pada Rabu, dengan indeks utama meningkat 0.46 peratus, didorong oleh minat belian dalam saham wajaran tinggi dan mengikut jejak Wall Street yang secara umumnya ditutup tinggi.
8bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa, dengan indeks petunjuk pasaran menyusut 0.16 peratus, menamatkan peningkatan terdahulu apabila tekanan jualan yang sederhana berlaku pada jam terakhir dagangan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi positif, walaupun sentimen kekal lemah berikutan prestasi serantau yang tidak menentu, dengan minat belian dijangka beralih kepada syarikat yang kukuh dari segi asasnya.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak berubah ketika dibuka pada Selasa kerana kebanyakan pelabur masih tidak memasuki pasaran ekoran ketidaktentuan pasaran semasa, menjelang hasil rundingan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat.
8bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) --Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan ditutup tinggi hari ini disokong oleh pembelian saham wajaran tinggi terpilih ketika peserta pasaran menunggu keputusan perbincangan peringkat tinggi antara Amerika Syarikat (AS)-China.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih di pasaran Asia bagi minggu ketiga berturut-turut, mencatatkan aliran keluar RM6.21 bilion atau US$1.47 bilion, lebih tinggi daripada aliran keluar pada minggu sebelumnya berjumlah US$170.8 juta (US$1 = RM4.23).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dicatatkan dalam julat positif pada tengah hari ini berikutan minat baharu dalam saham mewah terpilih, diterajui oleh MISC, Tenaga Nasional dan Petronas Chemicals.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah berikutan pasaran kebanyakannya rendah minggu lepas, didorong oleh sentimen perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang berhati-hati dan kekurangan data ekonomi yang positif daripada kedua-dua negara tersebut.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) – Industri halal yang pesat berkembang adalah antara sembilan sektor yang mampu mencetuskan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dalam Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMB-EAGA) dan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).
8bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dalam jajaran 1,500 dan 1,530 mata minggu depan sementara menunggu pemangkin baharu pasaran, kata seorang penganalisis.
8bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu dagangan ini dengan ditutup sedikit rendah, menjejaki prestasi negatif yang dapat disaksikan di pasaran serantau, terutamanya dalam kalangan pasaran baru muncul, menurut seorang penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan sejak pertengahan pagi melibatkan kaunter saham berharga rendah dan wajaran tinggi terpilih, diterajui saham produk dan perkhidmatan perindustrian.