Terdapat 998 berita berdasarkan kata kunci carian "padu"

FBM KLCI Ditutup Tinggi Melantun Semula Daripada Penurunan 5 Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) muncul sebagai indeks yang mencatatkan prestasi tertinggi di rantau ini hari ini, meningkat 1.69 peratus apabila melantun semula daripada penurunan lima hari, dipacu oleh aktiviti membeli saham berharga rendah. 

Perdagangan Digital MADANI : Anjakan Perubahan Bantu PKS Manfaatkan Teknologi - Tengku Zafrul 

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Inisiatif Perdagangan Digital MADANI (MDT) mampu menjadi pencetus perubahan yang membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meraih manfaat daripada teknologi seperti analisis dan data raya, pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan (AI).

VentureTech Labur Dalam Pomen Untuk Pacu Pendigitalan Penyelenggaraan

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- VentureTech Sdn Bhd telah mengumumkan pelaburan strategik dalam Pomen Autodata Sdn Bhd untuk memacu transformasi digital dalam penyelenggaraan armada dan pengurusan tenaga kerja. 

Awantec Memperkasa Profesional Dengan Kemahiran Dipacu AI Melalui Program Latihan AI Gemini

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- AwanBiru Technology Bhd (Awantec), melalui anak syarikatnya Awantec Systems Sdn Bhd melancarkan Program Latihan AI Gemini untuk melengkapkan ahli profesional dan perniagaan dengan kemahiran produktiviti yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan di tempat kerja.

Sapura Energy Peroleh Pembiayaan RM1.1 Bilion Menerusi Langganan RCLS Oleh MDH

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Sapura Energy Bhd (SEB) memperoleh pelaburan RM1.1 bilion menerusi langganan saham pinjaman boleh tebus boleh tukar (RCLS) pada nilai nominal oleh Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH).

Penglibatan ASEAN-UK Perlu Diperkukuh Untuk Tingkat Peluang Perniagaan - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Penglibatan ASEAN dan United Kingdom (UK) perlu terus diperkukuh untuk meningkatkan lagi peluang dalam perniagaan dan hubungan ekonomi yang telah terjalin erat, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Transaksi 'Beli Dulu, Bayar Kemudian' Naik Ketara Kepada RM7.1 Bilion - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Jumlah transaksi skim pengguna 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) meningkat ketara pada separuh kedua 2024 kepada RM7.1 bilion berbanding RM4.9 bilion dalam separuh pertama tahun lepas.

LBS Bina Berbincang Mengenai HOA Menjelang Penyahsenaraian Nylex

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- LBS Bina Group Bhd (LBS Bina) sedang mengadakan perbincangan mengenai pelbagai perkara berkaitan perjanjian induk dasar (HOA) susulan penyahsenaraian Nylex (Malaysia) Bhd daripada Bursa Malaysia yang dijadualkan esok.

MATRADE Akan Perkenal Perdagangan Digital MADANI, Hubungkan Perniagaan Dengan Pasaran Global

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bersedia untuk melancarkan Perdagangan Digital MADANI (MDT), pameran maya bersepadu, pada 13 Mac, 2025, di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

IOI Properties Akan Lancar Senna ExChange, Pembangunan Terkini Di Sepang

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) akan melancarkan Senna ExChange iaitu tawaran pembangunan komersial pertama di perbandaran ikoniknya, Senna Puteri di Salak Tinggi, Selangor.

YTL Communications Jalin Usaha Sama Strategik Dengan Bullish Aim Group

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bullish Aim Group dan YTL Communications Sdn Bhd, anak syarikat YTL Power International Bhd, menjalin usaha sama strategik untuk membangunkan infrastruktur gentian bersama generasi akan datang.

Malaysia Perlu Utamakan Perkapalan Hijau Sejajar Usaha Maritim Global Lindungi Alam Sekitar

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan dan mengutamakan trend perkapalan hijau untuk kekal relevan walaupun mempunyai kelebihan strategik di sepanjang Selat Melaka, kata perunding pengurusan global.