Terdapat 4851 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi "

U Mobile Peroleh Kemudahan Pembiayaan Bersindiket RM4.3 Bilion Bagi Pelaksanaan 5G

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd telah memeterai kemudahan pembiayaan bersindiket sebanyak RM4.3 bilion dengan empat bank bagi menyokong pelaksanaan rangkaian 5G generasi seterusnya selain mempercepat perluasan pengalaman ULTRA5G ditawarkan syarikat itu.

Pertumbuhan KDNK Suku Ketiga Isyarat Momentum Domestik Semakin Kukuh - Ahli Ekonomi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi suku ketiga Malaysia membuktikan momentum domestik semakin mengukuh walaupun keadaan luaran kekal tidak menentu, kata seorang ahli ekonomi.

Ringgit Ditutup Rendah Selepas Peningkatan Lapan Hari Berturut-turut

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini berikutan pasaran mengalami pembetulan sederhana selepas mencatat peningkatan baru-baru ini walaupun data ekonomi domestik adalah menggalakkan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Serantau Susulan Penurunan Wall Street

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan semalam dengan ditutup rendah pada Jumaat, seiring kelemahan prestasi serantau susulan penurunan di Wall Street, akibat kebimbangan baharu terhadap penilaian tinggi saham teknologi serta ketidaktentuan hala tuju dasar Rizab Persekutuan AS (Fed).

Kutipan Hasil Selangor Cecah RM2.49 Bilion, Atasi Sasaran Awal -- MB

SHAH ALAM, 14 Nov (Bernama) -- Jumlah kutipan hasil Selangor mencecah RM2.49 bilion setakat 13 November 2025 yang merupakan peningkatan lebih 106 peratus berbanding anggaran awal tahun penuh sebanyak RM2.35 bilion.

Pasaran Getah Ditutup Rendah, Menjejaki Prestasi Bercampur-campur Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini disebabkan oleh isyarat pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur, kata seorang peniaga. 

Kerajaan Selangor Bentang Belanjawan 2026 Berjumlah RM3.23 Bilion

SHAH ALAM, 14 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM3.23 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri bagi tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Petronas Isytihar Projek Gas Asli Di Suriname Berdaya Maju Sebagai Komersial

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Syarikat minyak dan gas nasional, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah mengumumkan bahawa projek gas asli di Suriname dianggap berdaya maju secara komersial.

BNM Optimis Malaysia Terus Terima Aliran Masuk FDI Pada 2026 

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) optimis Malaysia akan terus menerima aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang stabil pada 2026.

BNM Jangka Pertumbuhan KDNK 2025 Berada Pada Jajaran Atas Julat Unjuran

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 berada pada jajaran atas julat unjuran 4.0 peratus hingga 4.8 peratus, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Ringgit Naik 8.2 Peratus Berbanding Dolar AS Setakat 12 Nov - BNM

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit pada amnya stabil berbanding dolar AS dengan sedikit penambahan nilai sebanyak 0.05 peratus pada suku ketiga 2025 dan meningkat 8.2 peratus sejak awal tahun hingga 12 Nov 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Kadar OPR Semasa Pada 2.75 Peratus Masih Wajar, Menyokong Ekonomi Malaysia - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kadar dasar semalaman (OPR) semasa pada 2.75 peratus masih wajar dan menyokong pertumbuhan memandangkan keadaan ekonomi Malaysia dan inflasi yang stabil, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.