3bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup lebih rendah pada Isnin di tengah-tengah jangkaan peningkatan kadar pengeluaran, kata peniaga minyak sawit David Ng.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan peningkatan 0.70 peratus dalam Indeks Dolar AS (DXY) kepada 98.406 mata.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif meningkat untuk ditutup lebih tinggi hari ini selepas didorong oleh jangkaan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Syarikat sistem pengangkat dan kren, Powertechnic Group Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM22.05 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 28 Oktober 2025.
3bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengekalkan momentum dan ditutup tinggi pada Isnin, didorong oleh pengukuhan niaga hadapan serantau di tengah-tengah kebimbangan mengenai bekalan akibat musim hujan di negara-negara pengeluar utama, kata peniaga.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Malaysia akan memudahkan kemasukan eksport produk pertanian dan ternakan dari Pakistan termasuk daging lembu dan jenis daging lain ke negara ini sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala antara kedua-dua negara.
3bulan ago
Oleh Mohd Noor Azeery Idris
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Agrobank berharap Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dapat terus ditambah baik dalam Belanjawan 2026 berikutan pencapaian positifnya terhadap ekonomi, khususnya dalam memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam sektor agromakanan.
3bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Evolusi teknologi yang pesat dalam industri telekomunikasi menekankan keperluan untuk kerajaan terus menyediakan sokongan untuk lebih banyak kerjasama dalam teknologi 5G dalam kalangan perusahaan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Defisit fiskal kumulatif Malaysia mengecil 10.6 peratus tahun ke tahun kepada RM49.4 bilion setakat Ogos 2025, sekali gus memastikan kerajaan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran setahun penuh RM80 bilion atau 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) mengharapkan Belanjawan 2026 dapat menyediakan bantuan kewangan segera, sokongan penting untuk modal insan serta tumpuan strategik terhadap penentududukan pasaran bagi industri sarung tangan getah.
4bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung selepas meraih peningkatan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.
4bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, dipengaruhi oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil dalam keadaan kebimbangan yang berterusan mengenai kekurangan bekalan getah asli berikutan cuaca buruk di negara pengeluar utama, kata peniaga.