7bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- SD Guthrie Bhd dan Sime Darby Property Bhd (SDP) menandatangani perjanjian usaha sama untuk membangunkan kawasan seluas hingga 809.4 hektar di Pulau Carey, Selangor, dalam usaha menyokong pertumbuhan inovasi dan ekonomi mampan di pulau tersebut.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Perdagangan Malaysia meningkat sebanyak 2.6 peratus pada Mei 2025 untuk mencecah RM252.48 bilion, mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun bagi bulan ke-17 berturut-turut sejak Januari 2024.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, Sungai Udang WTE Sdn Bhd telah memeterai perjanjian konsesi mengenai perkongsian awam-swasta dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Sektor pusat data Malaysia kekal positif di sebalik laporan baru-baru ini yang mendakwa syarikat-syarikat China sedang melatih model kecerdasan buatan (AI) mereka di pusat data di sini yang dikuasakan oleh cip Nvidia, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan lawatan kerja ke Uzbekistan dan Rusia bermula Jumaat ini bagi mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dua hala selain meninjau potensi kerjasama dalam sektor tenaga dan teknologi tinggi.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Malaysia sedang giat menaik taraf perjanjian perdagangan sedia ada dengan negara-negara anggota ASEAN dan rakan dialog, memperkukuh komitmennya terhadap ekonomi serantau yang lebih bersepadu dan berdaya tahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memeterai Perjanjian Rangka Kerja Usaha Sama (JVFA) dengan syarikat tenaga dari Itali, Eni, bagi meneruskan perbincangan dan penilaian ke arah penubuhan sebuah syarikat usaha sama serantau dalam sektor huluan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Suriname E&P BV telah memeterai kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) dengan Staatsolie Maatschappij Suriname NV dan subsidiari milik penuhnya, Paradise Oil Company NV (POC) untuk Blok 66 Suriname.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Syarikat minyak utama Amerika Syarikat, ConocoPhillips, memberikan tumpuan pelaburan di Sabah dan pada masa sama mengukuhkan komitmen jangka masa panjangnya terhadap Malaysia.
7bulan ago
Oleh Muhammad Ammar Shafiq Hamzah
KUCHING, 18 Jun (Bernama) -- Negara-negara anggota ASEAN perlu memanfaatkan pelbagai peluang kerjasama dan sokongan daripada rakan serantau serta antarabangsa dalam usaha peralihan kepada tenaga boleh baharu.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- MIMOS Bhd, sebuah pusat inovasi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), menandatangani memorandum persefahaman (MoU) tiga pihak dengan Kementerian Ekonomi dan Kewangan Uzbekistan serta Uzeltexsanoat (UzETS).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas LNG Ltd telah memeterai perjanjian jual beli gas asli (LNG) dengan Commonwealth LNG, LLC, untuk mempelbagaikan portfolio LNGnya melalui pembekalan jangka panjang dari Amerika Syarikat.