11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia terus komited untuk memastikan kerjasama berterusan antara syarikat minyak dan gas nasional kedua-dua negara iaitu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan PT. Pertamina (Persero) dari Indonesia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melancarkan tema mesyuarat sektor tenaga ASEAN 2025 iaitu “Powering ASEAN: Bridging Boundaries, Building Prosperity”.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Pasaran analisis data besar (BDA) sedang mengalami pertumbuhan yang teguh di peringkat global dan di Malaysia selepas didorong oleh peningkatan permintaan untuk penyelesaian yang dipacu data, kata Profesor Madya Sains Komputer dan Ketua Pusat Pengajian Matematik serta Sains Komputer di Universiti Heriot-Watt Malaysia , Dr Ian Tan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenalkan lebih banyak insentif baharu menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) selain daripada pengagihan dana dan projek untuk merangsang ekonomi, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- DSG Group berpangkalan di New Zealand, peneraju global dalam tokenisasi sekuriti dan kemudahan modal rentas sempadan telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia untuk memajukan matlamat kewangan digital negara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) — Sumbangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kepada ekonomi negara masih belum mencapai sasaran ditetapkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
1tahun ago
Oleh Karina Imran & Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Kualiti hidup rakyat Malaysia dijangka bertambah baik berikutan kenaikan gaji minimum bulan depan dan pelarasan gaji perkhidmatan awam.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) semakin hampir untuk dimuktamadkan apabila penerimaan tawaran sah setakat ini telah mencapai 86.5 peratus, kata seorang penganalisis bank asing.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- FSBM Holdings Bhd bekerjasama dengan Synergies Intelligent Systems yang berpangkalan di China dan Zhong Yang Technology Co Ltd dari Taiwan untuk memperkenalkan HMLV.ai, platform dikuasakan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan pengurusan rantaian bekalan bagi mengubah industri logam rekaan Asia Tenggara.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 21 Jan (Bernama) -- Pusat Transformasi Pembuatan HP Malaysia (HPMM) yang baru dilancarkan akan mengukuhkan kedudukan negara sebagai peneraju global dalam Sistem Mekanikal Elektrik Mikro (MEM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) untuk bekerjasama dalam penganjuran pameran automotif serta pertunjukan motosikal setiap dua tahun sekali.