8bulan ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
BEIJING, 18 Mei (Bernama) -- Festival Rasa Malaysia yang sedang berlangsung di Beijing dijangka menjana tiga hingga lima juta yuan (kira-kira RM3 juta) dalam bentuk hasil jualan dengan lebih daripada 50 syarikat Malaysia mempamerkan juadah tempatan, buah-buahan tropika dan kraftangan budaya.
8bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
KAZAN, (TATARSTAN), 17 Mei (Bernama) -- Negara anggota ASEAN sedang mengambil langkah untuk menghidupkan semula idea mewujudkan dana kewangannya sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Ringgit diunjur kekal positif pada minggu hadapan, dengan mata wang itu dijangka berlegar dalam julat 4.26 hingga 4.29 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), menurut Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.
8bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Malaysia merekodkan pertumbuhan ekonomi suku pertama 2025 yang memberangsangkan sekali gus mengatasi prestasi beberapa negara rakan serantau.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini susulan sentimen berhati-hati terhadap mata wang tempatan itu meskipun dolar AS mencatatkan penurunan ekoran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHBIB) menjangkakan sekurang-kurangnya dua penurunan Kadar Dana Persekutuan (FFR) Amerika Syarikat (AS) pada September dan Disember tahun ini berbanding kes asas sebelumnya iaitu tiga kali penurunan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Malaysia merekodkan lebihan Imbangan Akaun Semasa (CAB) sebanyak RM16.7 bilion pada suku pertama 2025 bersamaan dengan 3.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat menjelang pengumuman keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2025, kata penganalisis.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, dirangsang oleh permintaan sederhana, apabila pelabur kekal berhati-hati di samping memantau perkembangan ekonomi yang berterusan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Malaysia yang bermula di Kota Bharu, Kelantan dicadang supaya dilanjutkan ke sempadan Sungai Golok bagi meningkatkan keterhubungan rel di antara Thailand dengan Malaysia, kata Duta Besar Thailand ke Malaysia Lada Phumas.
8bulan ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
INNER MONGOLIA, 14 Mei (Bernama) -- Syarikat gergasi tenusu China Yili Group kini dalam usaha melonjakkan kehadirannya di Asia, didorong oleh prestasi kewangan yang kukuh bagi tahun kewangan 2024 selain peningkatan permintaan produk tenusu yang merentasi pasaran utama di Asia Tenggara.
8bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif dan Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Ringgit memulakan sesi urus niaga Rabu dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan ketegangan dagangan AS-China terus mereda, sekali gus menyuntik sentimen positif di pasaran, mengurangkan kebimbangan berlakunya kemelesetan serta merangsang sentimen minat risiko dalam kalangan peniaga dan pelabur, kata penganalisis.