9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan kenaikan Wall Street dipacu oleh kemerosotan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan penurunan tarif oleh Rumah Putih termasuk penarikan semula tarif berkaitan kereta sebanyak 25 peratus.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Transformasi Kelantan sebagai hab perindustrian semakin menyerlah dengan ketara berikutan kejayaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) memperoleh pelaburan direalisasikan sebanyak RM1.21 bilion, didorong terutamanya oleh sektor pembuatan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Purata harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mencecah RM4,200 satu tan tahun ini susulan premium harga tinggi yang dinikmati minyak sawit berbanding minyak kacang soya pada suku pertama 2025, menurut Kenanga Investment Bank Bhd.
9bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah pada Selasa berikutan pengambilan untung selepas kenaikan yang dialami bursa tempatan baru-baru ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Daya tahan makroekonomi dan kestabilan politik merupakan kekuatan utama bagi Malaysia dalam mengharungi persekitaran ekonomi global yang tidak menentu di tengah-tengah peralihan dasar Amerika Syarikat (AS), menurut RHB Investment Bank Bhd.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025 menyusut kepada RM68.42 juta daripada RM75.03 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun sebelumnya.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dijangka mendapat manfaat sepenuhnya daripada industri automotif Malaysia pada 2025, dipacu oleh minat belian pada masa depan berikutan penangguhan peraturan eksais baharu sehingga akhir 2025.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka positif, didorong oleh prestasi Wall Street yang baik berikutan ketidakpastian mengenai perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang terus mereda.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Taghill Holdings Bhd telah mendapat kontrak pembangunan hartanah bernilai RM494.65 juta oleh syarikat hartanah Indo Aman Bina Sdn Bhd (IAB).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung UEM Edgenta Bhd, UEMS Solutions Pte Ltd telah menandatangani kontrak dengan ALPS Pte Ltd untuk menyediakan perkhidmatan sokongan hospital di Singapura bernilai kira-kira S$220.48 juta (kira-kira RM735.23 juta).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini sejajar dengan prestasi semalaman Wall Street yang positif, didorong oleh pendapatan korporat yang menggalakkan terutamanya daripada syarikat induk Google, Alphabet Inc yang mencatatkan prestasi lebih tinggi daripada jangkaan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dijangka mencatatkan penurunan dalam keuntungan bersih sebanyak 9.8 peratus hingga 20.4 peratus suku ke suku dan 17.2 peratus hingga 26.9 peratus tahun ke tahun kepada RM55 juta-RM62 juta pada suku pertama 2025.