1tahun ago
Oleh Kamarul Ariffin Md Yassin
ABU DHABI, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini memeterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-UAE (CEPA) yang bertujuan membuka peluang baharu dalam perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 14 Jan (Bernama) -- Perdagangan minyak sawit adalah tonggak kepada aktiviti ekonomi ASEAN, justeru Malaysia komited untuk memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
1tahun ago
LONDON, 14 Jan (Bernama) – Produk Malaysia khususnya minyak sawit dijangka mendapat manfaat daripada akses bebas tarif di United Kingdom (UK) di bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
1tahun ago
PETALING JAYA, 13 Jan (Bernama) -- ASEAN harus memperkukuhkan kepimpinan globalnya dalam amalan kemampanan untuk memenuhi agenda Wawasan Komuniti ASEAN 2045 yang dijangka akan dimuktamadkan semasa pengerusi ASEAN Malaysia tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Minyak sawit Malaysia dan produknya mempunyai potensi besar untuk mempertingkatkan sektor minyak makan dan pembuatan makanan di Pakistan, serta mengukuhkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Penyertaan Malaysia dalam pelbagai perjanjian perdagangan unilateral boleh menarik lebih ramai pelabur ke negara itu dan memberi manfaat kepada negara ASEAN yang lain, kata seorang penganalisis ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Malaysia sedang meneroka bagaimana teknologi kewangan (FinTech) boleh berperanan sebagai instrumen utama dalam semua perjanjian yang ditandatangani antara Malaysia dan ASEAN, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 10 Jan (Bernama) -- Projek kerjasama tenaga hidrogen bersih dan penyahkarbonan antara Sarawak Economic Development Corporation Energy (SEDCE), Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan pihak konsortium Jepun diharap dapat dimudah cara menjelang Mei tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd dijangka melaksanakan kerjasama rangkaian untuk membiayai perbelanjaan modal (capex) 5G yang dianggarkan antara RM3 bilion hingga RM4 bilion berikutan terpilih sebagai penyedia akses rangkaian 5G kedua, menurut RHB Investment Bank Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama)-- Majlis Digital Malaysia-India (MIDC) telah dirasmikan untuk menerajui inisiatif dalam perdagangan digital, pertukaran teknologi termasuk mobiliti bakat antara Malaysia dan India.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Dialog Group Bhd mengumumkan pelan pembangunan dan pengabaian medan (FDAP) untuk Kontrak Perkongsian Pengeluaran Aset Medan Kecil Kluster Baram Junior (BJC SFA PSC) telah mencapai keputusan pelaburan akhir bernilai US$235 juta (US$1=RM4.50).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Sebagai pengerusi ASEAN, Malaysia akan memberi tumpuan kepada memanfaatkan perjanjian perdagangan terbesar di dunia iaitu Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang kini telah dikuatkuasakan.