1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 2 Dis Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila pelabur mengalihkan minat kepada mata wang selamat termasuk dolar AS, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh kenaikan mendadak dalam niaga hadapan getah Shanghai selain disokong oleh data ekonomi China yang positif, kata seorang peniaga.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan terakhir bulan ini, mencerminkan pengukuhan beberapa mata wang serantau.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih yang meningkat semasa jam terakhir dagangan, terutama di kaunter utiliti dan logistik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Public Bank Bhd bagi suku ketiga (S3) tahun kewangan 2024 meningkat kepada RM1.91 bilion daripada RM1.70 bilion tahun lepas dipacu oleh pertumbuhan pinjaman dan deposit pelanggan yang sihat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengatasi sebahagian besar penyusutan awalnya pada tengah hari, dipacu terutamanya oleh saham-saham Public Bank dan Axiata.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada Jumaat, didorong oleh kekurangan petunjuk baharu Wall Street selain kebimbangan ketara berkaitan ketidaktentuan dasar Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Industri insurans dan takaful Malaysia menyaksikan kadar inflasi kos tuntutan perubatan kumulatif yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu sebanyak 56 peratus dalam tempoh 2021 hingga 2023.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menggesa penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO) supaya menyemak strategi penentuan semula harga untuk memastikan pelaksanaan yang lebih wajar.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih IHH Healthcare Bhd meningkat kepada RM534.0 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 daripada RM532.0 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, dirangsang oleh permintaan yang berterusan untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti dan pertumbuhan dalam hasil.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengehadkan kenaikan sebelum ini untuk mengakhiri sesi pagi dengan turun sedikit berikutan jualan melebihi pembelian disebabkan kekurangan pemangkin terutamanya dengan pasaran AS ditutup pada Khamis untuk cuti Hari Kesyukuran.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis sebelum bertukar rendah berikutan kekurangan pemangkin ketika Wall Street mencatat prestasi lemah di tengah-tengah data inflasi yang tinggi dan perdagangan yang lebih perlahan menjelang cuti Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat (AS).