29hari ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui oleh kaunter telekomunikasi dan media susulan kebimbangan mengenai ketidaktentuan ekonomi global.
29hari ago
SEPANG, 4 Okt (Bernama) -- Kerajaan yakin Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berpotensi menjadi hab kargo di rantau ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
29hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, menjejaki prestasi pasaran serantau, kata peniaga.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Industri semikonduktor Malaysia perlu dipelbagaikan dan tidak terlalu bergantung kepada syarikat multinasional dan keupayaan pembuatan untuk memperkukuh kedudukannya di pasaran global, terutama dalam menghadapi potensi gangguan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Penggunaan dan penyelidikan tenaga boleh diperbaharui, sokongan kepada penyelidikan serta penguatkuasaan pengurusan alam sekitar antara aspek perlu dititikberatkan dalam Belanjawan 2025 sekali gus memacu pertumbuhan mampan berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
29hari ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, mencerminkan prestasi pasaran serantau yang lemah berikutan sentimen terus berhati-hati disebabkan ketegangan di Timur Tengah, kata penganalisis.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) – Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) dijangka menarik 48,000 peserta dan 480 pempamer dari 48 negara yang bakal menjana potensi perniagaan dianggarkan berjumlah RM4.8 bilion.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Sebanyak 53 peratus syarikat dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) dan semikonduktor optimis terhadap prospek perniagaan bagi suku keempat 2024, demikian menurut Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA).
29hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah dalam dagangan awal hari ini.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen bercampur-campur di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
29hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika pada Jumaat mendapat sokongan menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini.
30hari ago
Daripada Mohd Haikal Mohd Isa
ISLAMABAD, 3 Okt (Bernama) -- Terdapat komitmen jelas daripada kepimpinan Malaysia dan Pakistan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang boleh menghalang perdagangan dan perniagaan antara kedua-dua negara daripada berkembang lebih jauh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.