10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Penglibatan ASEAN dan United Kingdom (UK) perlu terus diperkukuh untuk meningkatkan lagi peluang dalam perniagaan dan hubungan ekonomi yang telah terjalin erat, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- ASEAN perlu mengoptimumkan pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN+1 yang dinaik taraf untuk mengurangkan risiko ketidaktentuan ekonomi akibat daripada pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Pertama Digital Bhd (PDB) mencatatkan kemajuan ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini, daripada memperoleh pembiayaan utama sehingga melaksanakan pembelian strategik dan kerjasama yang mendorongnya untuk pertumbuhan jangka masa panjang.
11bulan ago
BARCELONA (Sepanyol), 7 Mac (Bernama) - Malaysia mengukuhkan kehadirannya di pentas teknologi global di Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 menerusi pameran inovasi dan kemajuan digital yang mengagumkan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- EDOTCO Malaysia memeterai beberapa memorandum persefahaman (MOU) di Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2025 di Barcelona, Sepanyol dalam usaha mempercepatkan pengembangan 5G dan memajukan infrastruktur telekomunikasi generasi akan datang di seluruh Malaysia.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) menggesa rantau ini memperkukuh perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN berikutan pemecahan ekonomi global yang semakin meningkat.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Kerjasama Malaysia dengan Arm Holdings Plc akan membantu Malaysia ke arah ekonomi berimpak tinggi, menyemarakkan ekosistem semikonduktor 'front-end' sambil memupuk pertumbuhan firma semikonduktor tempatan dalam jangka panjang.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Status Malaysia sebagai negara anggota Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) tidak berubah meskipun wujud ketidaktentuan daripada dasar tarif yang sedang dilaksanakan Amerika Syarikat (AS).
11bulan ago
BARCELONA (Sepanyol), 6 Mac (Bernama) -- Malaysia terus memperkukuh transformasi digitalnya melalui pertukaran 19 memorandum persefahaman (MoU) antara pemain tempatan dan peneraju teknologi global di luar acara Mobile World Congress (MWC) 2025.
11bulan ago
BARCELONA (Sepanyol), 6 Mac (Bernama) -- Penyedia penyelesaian teknologi global, ZTE Corporation dan CelcomDigi menjalin kerjasama bagi menyepadukan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam infrastruktur telekomunikasi Malaysia.
11bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) — Rundingan antara Malaysia dan Arm Holdings Plc yang telahpun dimuktamadkan, merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh ekosistem semikonduktor negara serta mempercepat pembangunan teknologi tempatan.