9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Capital A Bhd berada di landasan untuk menyelesaikan cadangan penyusunan semulanya menjelang Jun 2025 berikutan kemajuan yang dicapai dalam kawal selia, kewangan dan operasi, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan pelabur kembali selepas cuti dengan minat yang berkurangan, mengabaikan kenaikan semalaman di Wall Street yang didorong oleh pendapatan kukuh daripada Microsoft dan Meta.
9bulan ago
LABUAN, 1 Mei (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) mengumumkan pelantikan Affendi Rashdi dari Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai Ketua Pengarahnya yang baharu bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 Mei 2025 hingga 30 April 2027.
9bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini pulih daripada penurunan semalam dengan indeks utama melonjak 1.63 peratus, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah, kemasukan semula dana asing dan kebimbangan ketegangan perdagangan yang kian mereda.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia turun kepada 1.4 peratus pada Mac 2025 daripada 1.5 peratus dalam bulan sebelumnya manakala inflasi teras kekal stabil pada 1.9 peratus, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) mengumumkan pelancaran skim insentif penyelidikannya yang diperluaskan, Skim Insentif Bursa Research Plus (Bursa Rise+), bagi meningkatkan kebolehlihatan dan profil korporat syarikat Malaysia terpilih.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pusat Perniagaan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam sektor utama pada 2024 dipacu oleh kebolehsesuaian kawal selia dan inovasi pasaran.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd berjaya menerbitkan RM800 juta di bawah terbitan ketiga program sukuk musharakah.
9bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah, diasak aktiviti pengambilan untung selepas beberapa hari meningkat di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya positif.
9bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian hari ini dengan peningkatan hari keempat berturut-turut, yang mencerminkan sentimen positif berikutan penutupan kukuh Wall Street pada Jumaat lepas meskipun pasaran serantau mencatat prestasi bercampur-campur.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pelabur asing mencatatkan aliran masuk bersih di Bursa Malaysia sebanyak RM332.3 juta, mengakhiri jualan selama 26 minggu berturut-turut sekali gus menjadikannya sebagai minggu pertama aliran masuk asing bersih sejak 24 Okt 2024.