11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan, kata Menterinya Datuk Seri Rafizi Ramli.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta BEYOND4 Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkembang pesat.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Haos Bhd, syarikat yang mengeluarkan minuman jenama tempatan Haos Ek? kini sedang melebarkan sayap ke pasaran eksport selain berhasrat untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2028.
11bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari ketiga berturut-turut susulan kebimbangan kesan tarif import Amerika Syarikat (AS) terhadap industri keluli dan aluminium menyokong mata wang negara maju itu.
11bulan ago
PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Turkiye menyasar untuk menggandakan perdagangannya dengan Malaysia kepada US$10 bilion selepas melepasi paras US$5 bilion pada 2024, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan.
11bulan ago
PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada tahun 2024 meningkat kepada 70.4 peratus berbanding 70 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Disember dan Suku Tahun Keempat 2024.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan selama empat hari berturut-turut pada sesi awal Isnin yang menjejaki aktiviti jualan ketara di Wall Street pada Jumaat lepas ketika pelabur bersiap sedia menunggu pengumuman data penting ekonomi Amerika Syarikat (AS) selain kekal gusar dengan dasar tarif Presiden Donald Trump.
11bulan ago
Oleh Razif Rosli dan Muhamad Adzhar Tajudin
LUMUT, 10 Feb (Bernama) -- Projek Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) yang dirancang untuk pembangunan selama 25 tahun, dilihat bukan sahaja dapat menjana ekonomi negeri Perak dalam jangka masa panjang malah menjadi pelengkap kepada sektor pelabuhan negara.
11bulan ago
PUCHONG, 8 Feb (Bernama) -- Kerjasama dan penglibatan secara menyeluruh dan proaktif antara masyarakat setempat dan agensi yang terlibat amat penting dalam memastikan setiap program-program kerajaan dapat memberi impak yang baik kepada rakyat.
11bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan lebih tinggi pada minggu depan disebabkan permintaan yang berterusan untuk aset selamat seperti emas.
11bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih tinggi bagi hari keempat berturut-turut, didorong oleh belian saham-saham, terutama teknologi dan pembinaan menjelang pengumuman laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) pada lewat hari ini, kata penganalisis.
11bulan ago
TANJUNG MALIM, 7 Feb (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.