Terdapat 825 berita berdasarkan kata kunci carian " pengangkutan "

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Pengambilan Untung Saham Perladangan

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Rabu apabila saham utiliti membantu menyeimbangkan tekanan jualan dalam saham sektor perladangan. 

Untung Operasi IOI Corp Tetap Stabil Walaupun Ketidaktentuan Subsegmen Hiliran

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Keuntungan operasi IOI Corp Bhd kekal stabil sewaktu ketidaktentuan dalam subsegmen hiliran, dipacu oleh kos pengeluaran yang rendah dalam kalangan syarikat pesaingnya iaitu sekitar RM2,300 hingga RM2,600 setiap tan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Amanah).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Saham Wajaran Tinggi Sokong Indeks Kekal Pada Paras 1,600 Mata

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.

MISC, Gentari Akan Bangunkan Penyelesaian Penghantaran Ammonia Bersih

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- MISC Bhd dan Gentari Sdn Bhd menjalinkan perkongsian untuk meneroka pembangunan penyelesaian pengangkutan dan apungan bersepadu bagi ammonia bersih, dengan tarikh siap disasarkan pada seawal 2027.

Ekonomi Digital Malaysia Cecah US$31 Bilion Pada 2024 - Laporan

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ekonomi digital Malaysia dijangka mencecah US$31 bilion (RM138.4 bilion) dari segi nilai barangan kasar (GMV) pada 2024, meningkat 16 peratus daripada angka pada 2023.

Bursa Malaysia Kekal Momentum Peningkatan Pada Akhir Dagangan

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Isnin, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui oleh kaunter perkhidmatan kewangan dalam persekitaran prestasi kebanyakannya memberangsangkan di bursa serantau.

Kerajaan Komited Pastikan Inflasi Kesihatan Kekal Sederhana Termasuk Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kerajaan komited dalam memastikan inflasi kesihatan kekal menyederhana termasuk di Sarawak, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.

Pelaburan RM250.6 Juta Daripada Institusi Tempatan Pacu Peningkatan Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Institusi tempatan merupakan pemacu utama Bursa Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut dengan mencatat aliran masuk bersih berjumlah RM250.6 juta minggu lepas, meningkat daripada RM207.7 juta pada minggu sebelumnya.

Sarawak Bakal Ambil Alih MASwings Bulan Depan

KUCHING, 24 Nov (Bernama) -- Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Rackson Group Bakal Ubah Landskap Bayan Lepas Dengan Projek GDV Bernilai RM1.5 Bilion

GEORGE TOWN, 23 Nov (Bernama) -- Rackson Group melancarkan projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.5 bilion di Bayan Lepas, terdiri daripada hotel Le Meridien Penang Airport dan pangsapuri berperkhidmatan Avion.

Icon Offshore Peroleh Empat Perjanjian Penting Untuk Pacu Pertumbuhan Dan Perluasan Portfolio

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Icon Offshore Bhd (Icon Offshore) telah menandatangani empat perjanjian jual beli saham (SSPA) bersyarat dengan pelbagai vendor untuk cadangan pengambilalihan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui Tenaga Nasional dalam persekitaran prestasi yang kebanyakannya optimis di bursa saham serantau.