7bulan ago
PETALING JAYA, 18 Jun (Bernama) -- Jumlah kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diunjur bertambah sebanyak RM5 bilion bagi 2025 dan RM10 bilion pada 2026 selepas pelaksanaan semakan dan peluasan skop yang bermula 1 Julai ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Konflik Iran-Israel memberikan risiko ekonomi langsung yang terhad kepada Malaysia berikutan pendedahan perdagangan negara itu yang minimum terhadap rantau ini dan situasi sebelum ini menunjukkan kenaikan harga minyak berkaitan konflik biasanya bersifat sementara, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Suriname E&P BV telah memeterai kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) dengan Staatsolie Maatschappij Suriname NV dan subsidiari milik penuhnya, Paradise Oil Company NV (POC) untuk Blok 66 Suriname.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Syarikat minyak utama Amerika Syarikat, ConocoPhillips, memberikan tumpuan pelaburan di Sabah dan pada masa sama mengukuhkan komitmen jangka masa panjangnya terhadap Malaysia.
7bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman & K Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan kejatuhan harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).
7bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Kedudukan daya saing global Malaysia bergantung kepada kestabilan politik dan pelaksanaan dasar yang konsisten, terutamanya kerana keputusan tidak popular kadangkala diperlukan untuk mengoptimumkan peruntukan sumber dan mengukuhkan struktur ekonomi negara.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mencari rakan kongsi tempatan dan antarabangsa merentasi rantaian bekalan pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) bagi mengukuhkan kedudukannya dalam segmen itu, selepas mengenal pasti sehingga tujuh tapak CCS yang berpotensi di Malaysia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu melihat semula keseluruhan segitiga tenaga, termasuk kemungkinan mengguna pakai tenaga nuklear bagi mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun(Bernama) --Bank Negara Malaysia (BNM) dan kerajaan sedang berusaha melaksanakan inisiatif RESET untuk menangani peningkatan inflasi perubatan di Malaysia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) merancang untuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyokong operasi huluannya, terutamanya dalam pengeluaran minyak dan gas, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.
7bulan ago
KOTA KINABALU, 16 Jun (Bernama) -- Qhazanah Sabah Bhd (QSB) hari ini menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) dengan Bina Indah Development Sdn Bhd untuk pembangunan The Hill @ Damai dekat sini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Dasar peralihan tenaga Malaysia perlu disesuaikan dengan realiti negara serta keupayaan tempatan dan bukan sekadar mematuhi tekanan antarabangsa, kata Pengerusi Malakoff Corporation Bhd, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh.