11bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Malaysia akan melabur US$250 juta (US$1= RM4.44) dalam dekad akan datang, memanfaatkan kepakaran Arm Holdings Plc untuk mewujudkan ekosistem baharu dalam industri kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor melalui kerjasama strategik antara kedua-duanya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kerajaan Sarawak melancarkan Pavilion Sarawak di MWC Barcelona 2025, satu pencapaian penting dalam perjalanan negeri itu menjadi peneraju serantau dalam transformasi digital, teknologi pintar dan pembangunan mampan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Momentum pertumbuhan kukuh Malaysia dijangka berterusan dalam tempoh terdekat dengan ekonomi diunjur berkembang sebanyak 4.7 peratus tahun ini, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
11bulan ago
KUCHING, 3 Mac (Bernama) -- Grab Malaysia dan Sarawak Digital Economy Corporation Bhd (SDEC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mempercepat transformasi digital di Sarawak, khususnya dalam sektor pelancongan dan perniagaan kecil.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- XOX Bhd melantik Datuk Kenneth Vun sebagai Pengarah Urusan yang baharu, menandakan era baharu pertumbuhan dan inovasi.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) --Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersetuju untuk meningkatkan kerjasama bagi memerangi ancaman penipuan dalam talian yang semakin meningkat.
11bulan ago
Oleh Niam Seet Wei, Norsyafawati Ab Wahab, Mohd Khairi Idham Amran, Ahmad Erwan Othman & Danni Haizal Danial Donald
KOTA TINGGI, 1 Mac (Bernama) -- Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31, yang berakhir Jumaat di Desaru dekat sini, melakar pencapaian penting dengan menyokong pelbagai inisiatif ekonomi termasuk kesemua 18 Keberhasilan Ekonomi Berkeutamaan (PED) yang menjadi kunci dalam mencapai aspirasi Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pencapaian dividen yang kukuh dan berdaya saing oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 2024 membuktikan daya tahan serta komitmennya dalam memastikan masa depan persaraan ahli terjamin, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
11bulan ago
LABUAN, 28 Feb (Bernama) -- Nawie Oilfield Services Sdn Bhd (NOS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Schlumberger Malaysia Sdn Bhd (SLB) untuk meningkatkan penyertaannya dalam industri minyak dan gas di Sabah.
11bulan ago
KOTA TINGGI, 28 Feb (Bernama) -- ASEAN perlu meningkatkan kesepaduan dalaman dan mempelbagaikan kerjasama luarannya untuk mendepani cabaran ekonomi global, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menganjurkan edisi kedua peringkat antarabangsa Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Shanghai, China.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih RHB Bank Bhd melonjak kepada RM3.12 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM2.81 bilion pada tahun kewangan 2023, dipacu oleh pertumbuhan pendapatan keseluruhan yang kukuh.