8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan kelemahan dolar AS akibat prospek ekonomi negara itu yang kurang memberangsangkan selain kebimbangan mengenai tarif, kata penganalisis.
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini walaupun indeks dolar AS (DXY) dan hasil Perbendaharaan AS yang lebih lemah selepas penurunan penarafan kredit Amerika Syarikat oleh Moody’s Ratings baru-baru ini.
8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald & Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila pelabur kekal berhati-hati menjelang kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed), kata penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh permintaan terhadap aset selamat berikutan penurunan penarafan kredit Amerika Syarikat (AS), yang mencetuskan semula kebimbangan terhadap kredibiliti fiskal Washington.
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang melemah, susut 0.71 peratus kepada 100.376 berikutan penurunan penarafan kredit berdaulat kerajaan AS.
8bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini seiring dengan trend meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan disebabkan ringgit diniagakan rendah berbanding dolar US, kata seorang peniaga.
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi hari ini berbanding dolar AS, disokong oleh penurunan penarafan kredit Amerika Syarikat (AS) oleh Moody’s baru-baru ini berikutan kebimbangan mengenai hutang yang meningkat.
8bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
KAZAN, (TATARSTAN), 17 Mei (Bernama) -- Negara anggota ASEAN sedang mengambil langkah untuk menghidupkan semula idea mewujudkan dana kewangannya sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Ringgit diunjur kekal positif pada minggu hadapan, dengan mata wang itu dijangka berlegar dalam julat 4.26 hingga 4.29 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), menurut Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.
8bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka seiring dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) serta harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini susulan sentimen berhati-hati terhadap mata wang tempatan itu meskipun dolar AS mencatatkan penurunan ekoran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHBIB) menjangkakan sekurang-kurangnya dua penurunan Kadar Dana Persekutuan (FFR) Amerika Syarikat (AS) pada September dan Disember tahun ini berbanding kes asas sebelumnya iaitu tiga kali penurunan.