Terdapat 3543 berita berdasarkan kata kunci carian " pertumbuhan"

Gamuda Perkukuh Peralihan Tenaga Bersih ASEAN Dengan Kepakaran Kejuruteraan

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Gamuda Bhd, kumpulan kejuruteraan serantau, sedang berusaha memenuhi peningkatan permintaan terhadap tenaga bersih dengan memanfaatkan keupayaan kejuruteraannya untuk menyiapkan projek tenaga boleh baharu (RE) berskala besar dengan pantas. 

IILM Pertingkat Nilai Program Sukuk Kepada US$8.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) hari ini mengumumkan peningkatan nilai program sukuknya daripada US$6 bilion kepada US$8.5 bilion (US$1=RM4.22). 

KWAP Lancar Dana Iklim+ RM2 Bilion Percepat Peralihan Sifar Bersih Karbon Negara

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) - Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melancarkan dana pelaburan Dana Iklim+ dengan sasaran penggunaan RM2 bilion untuk mempercepat peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon dan mampu bertahan impak perubahan iklim.

Labuan IBFC, ASAS Meterai Kerjasama Strategik Majukan Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd dan Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam Malaysia (ASAS) memeterai perkongsian strategik bagi memperkukuh kerjasama dalam memajukan landskap kewangan Islam.

MIDA, Maybank Bekerjasama Jadikan Malaysia Hab Pelaburan Global

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Maybank menjalin kerjasama untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama global.

MITI Pantau Kemungkinan Kemasukan Barangan Murah Ke Malaysia Susulan Kenaikan Tarif AS - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang memantau rapi kemungkinan kemasukan barangan murah ke Malaysia susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) menaikkan tarif ke atas beberapa produk import, termasuk perabot, farmaseutikal dan semikonduktor.

ASEAN Perlu Sasar Jadi Destinasi Pelaburan Tenaga Bersih, Manfaatkan Kerjasama -- TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- ASEAN perlu menyasarkan untuk muncul sebagai destinasi pelaburan tenaga bersih dengan memanfaatkan kerjasama awam-swasta, pembiayaan hijau dan dana iklim, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Kemunculan Sulung MR. D.I.Y. Thailand Dalam Bursa, Sasar Kumpul 5.6 Bilion Baht

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 15 Okt (Bernama) -- MR. D.I.Y. Holding (Thailand) menyasar untuk mengumpulkan sehingga 5.6 bilion baht (US$173 juta) melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Bursa Saham Thailand pada 5 Nov tahun ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia Diunjur Kekal Lebih 4.0 Peratus Bagi 2026 -- MARC Ratings

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur dapat mengekalkan pertumbuhannya melebihi 4.0 peratus pada 2025 dan 2026, dipacu oleh permintaan domestik yang berdaya tahan selain projek infrastruktur dan pembaharuan struktur yang sedang dilaksanakan, kata agensi penarafan Malaysian Ratings Bhd.

SAIC Motor Rancang Mulakan Pemasangan Tempatan Kenderaan MG Pada 2026

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- SAIC Motor Malaysia mengumumkan pelan untuk memulakan pemasangan tempatan bagi kenderaan jenama MG pada separuh pertama 2026.

Malaysia Akan Memuktamadkan Dasar Pasaran Karbon Untuk Perkukuh Rangka Kerja Peralihan Rendah Karbon

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang memuktamadkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan yang menyediakan rangka kerja menyeluruh untuk menetapkan hala tuju negara dalam perdagangan karbon.

GIFF 2025 Membolehkan Industri Takaful Menonjol Secara Global

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Persatuan Takaful Malaysia (MTA), sebagai rakan kongsi pendukung Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2025, menekankan kemajuan dan hala tuju Takaful ASEAN semasa sesi Sorotan ASEAN yang bertemakan "Mencarta Transformasi Takaful ASEAN - Daripada Kekuatan kepada Penanda Aras Global".