1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Sunzen Biotech Bhd (Sunzen) membeli 70 peratus kepentingan ekuiti dalam Eye Nation Medical Sdn Bhd (Eye Nation), sebuah syarikat yang terlibat dalam perniagaan peralatan diagnostik perubatan optik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menjangkakan Belanjawan 2025 akan menepati laluan pengukuhan fiskal secara bertanggungjawab, dengan sasaran defisit fiskal yang lebih rendah daripada -4.3 peratus kepada -3.9 peratus.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pelaburan pusat data (DC) adalah pemangkin yang membolehkan peningkatan kompleksiti ekonomi Malaysia dan memajukan kedudukannya di tangga teknologi, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), akan membekalkan gas kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk penjanaan kuasa di Sabah dan Labuan.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Cukai dan duti yang lebih rendah ke atas jentera pembinaan, peningkatan akses kepada pembiayaan dan kadar faedah yang munasabah untuk peserta industri dan pembina adalah antara cadangan Belanjawan 2025 yang dikemukakan oleh Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Rabu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berharap kerajaan akan memberikan pengecualian cukai yang lebih baik dalam Belanjawan 2025 untuk meningkatkan penarafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sektor tersebut.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu sejajar dengan sentimen lemah di bursa serantau berikutan kebimbangan yang timbul terhadap ketegangan geopolitik Timur Tengah, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, berikutan sentimen enggan ambil risiko dalam kalangan pelabur, dipengaruhi peningkatan ketegangan geopolitik global, kata penganalisis.
1tahun ago
SHAH ALAM, 1 Okt (Bernama) -- Langkah mengguna pakai naratif bersesuaian dan keberanian melaksanakan beberapa keputusan yang sukar telah menyumbang kepada peningkatan ringgit untuk muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik dunia berbanding dolar AS, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi kebanyakannya pada Selasa berikutan risiko geopolitik di Timur Tengah dan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengenai kemungkinan pengurangan kadar faedah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) sebanyak RM660,000 terhadap Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank) pada 3 Sept 2024 kerana tidak mematuhi subseksyen 41(4) Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (AIKP).