9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Jumaat.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerima RM3.1 juta hasil daripada penjualan saham dalam Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet), menurut Kementerian Kewangan (MOF).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi September 2024 telah turun kepada 1.8 peratus daripada 1.9 peratus pada Ogos tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 5.0 peratus untuk 2024 selain menjangkakannya menjadi sederhana kepada 4.8 peratus pada 2025.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Syarikat penerbangan Indonesia, PT TransNusa Aviation Mandiri (TransNusa) memeterai perjanjian dengan Pusat Perubatan Sunway dan Asia OneHealthCare bagi menyediakan pilihan penjagaan kesihatan tambahan kepada penumpangnya selain memperluas operasi ke dalam industri pelancongan kesihatan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Terinspirasi untuk membantu perniagaan seperti spa dan salon, JulyTech Sdn Bhd membangunkan Perisian sebagai Perkhidmatan (SAAS) yang dikenali sebagai TunaiPro, sebuah perisian yang direka khas untuk industri perkhidmatan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran RM2.5 bilion pelaburan daripada peneraju pelaburan hijau pada Pameran dan Persidangan Antarabangsa Produk Eko & Teknologi Hijau Malaysia (IGEM) 2024.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Nilai jualan sektor Pembuatan berjumlah RM163.9 bilion pada Ogos 2024, menunjukkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.7 peratus berbanding penurunan 3.3 peratus pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Indeks harga seunit besi menurun sebanyak 0.6 peratus kepada 5.7 peratus membabitkan hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada September 2024 berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Penyedia penyelesaian peralatan sanitari bilik mandi dan dapur, Sorento Capital Bhd menyasar mengumpul RM57.4 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) dan merancang merekrut 200 pengedar baharu di seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) – Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) dijangka menarik 48,000 peserta dan 480 pempamer dari 48 negara yang bakal menjana potensi perniagaan dianggarkan berjumlah RM4.8 bilion.