BERITA TERKINI   Sekatan akses media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun dijangka dilaksanakan hujung Jun ini - Fahmi | Malaysia, Australia tegaskan semula komitmen untuk memastikan bekalan tenaga stabil dan berdaya tahan - PM Anwar  | Malaysia dan Australia sokong seruan Paus Leo untuk keamanan serta gesa diadakan dialog bagi menamatkan konflik global | Malaysia, Australia setuju perkukuh kerjasama teknikal antara Petronas dan pihak berkaitan Australia bagi pastikan kestabilan bekalan tenaga - PM Anwar | Malaysia kekal teguh pendirian terhadap Palestin, hargai sokongan Australia terhadap bantuan kemanusiaan serta usaha penyelesaian secara aman - PM Anwar | 

Terdapat 110 berita berdasarkan kata kunci carian " dosm"

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Susut 4.2 Peratus Pada Jun 2025 - DoSM

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, terus menurun 4.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y) pada Jun 2025, selepas susut 3.6 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

KDNK Suku Kedua Malaysia Dianggarkan Berkembang 4.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 4.5 peratus pada suku kedua 2025 berdasarkan anggaran awal, mengatasi peningkatan sebanyak 4.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Jualan Perdagangan Borong, Runcit Pada Mei Naik 4.4 Peratus Kepada RM154.3 Bilion - DOSM

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM154.3 bilion pada Mei 2025, mencerminkan pertumbuhan 4.4 peratus tahun ke tahun (y-o-y), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jualan Sektor Pembuatan Malaysia Meningkat 2.4 Peratus Kepada RM158.7 Bilion Pada Mei - DOSM

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan meningkat 2.4 peratus tahun ke tahun kepada RM158.7 bilion pada Mei 2025 berbanding dengan 4.7 peratus pada April, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Harga Seunit Keluli Susut Dalam Jun 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Indeks harga seunit keluli mencatatkan penyusutan antara 1.0 peratus hingga 3.1 peratus pada Jun 2025 berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Bilangan Penganggur Menurun 0.7 Peratus Pada Mei 2025 - DOSM

PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Bilangan penganggur terus menurun sebanyak 0.7 peratus pada Mei 2025 kepada 522,400 orang berbanding 525,900 pada April, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Naik 24.9 Peratus Pada Mei 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pengeluaran getah asli meningkat 24.9 peratus kepada 22,494 tan pada Mei 2025 berbanding 18,008 tan pada April 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Inflasi Malaysia 1.2 Peratus Pada Mei 2025, Terendah Dalam Tempoh 51 Bulan - DOSM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Malaysia mencatatkan kadar inflasi 1.2 peratus pada Mei 2025, terendah dalam tempoh 51 bulan dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada 134.4 berbanding 132.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Pelopor Malaysia Kekal Positif, Tumbuh 0.5 Peratus Pada April 2025

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Indeks Pelopor (IP) Malaysia mengekalkan pertumbuhan tahunan yang positif pada kadar 0.5 peratus dengan mencatat 113.6 mata dalam April 2025 berbanding 113.0 mata bagi tempoh sama 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Harga Seunit Besi Catat Penurunan Pada Mei 2025 - DoSM

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Indeks harga seunit besi mencatat penurunan antara -0.1 peratus hingga -3.1 peratus di kebanyakan kawasan di Malaysia pada Mei 2025 berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Susut 37.3 Peratus Pada April 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia menurun sebanyak 37.3 peratus kepada 18,008 tan pada April 2025 daripada 28,739 tan pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

IPI Malaysia Diunjur Sederhana Sebanyak 2.0 Peratus Pada 2025 - MIDF Amanah

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) Malaysia yang berkembang pada kadar perlahan 2.7 peratus tahun ke tahun pada April, dijangka berkembang sederhana sebanyak 2.0 peratus pada 2025, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Amanah).