Terdapat 12575 berita berdasarkan kata kunci carian " "

Kenanga IB Jangka Momentum Dagangan Bursa Malaysia Kekal Positif Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangka momentum dagangan di Bursa Malaysia Bhd kekal positif dalam tempoh terdekat sebelum beralih kepada sektor berasaskan pemulihan secara berperingkat berikutan purata nilai dagangan harian (ADV) yang lebih kukuh pada suku pertama 2026.

Prospek AirAsia X Kekal Berdaya Tahan Disokong Permintaan Perjalanan, Penjimatan Kos

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Prospek jangka pendek AirAsia X Bhd (AAX) kekal disokong permintaan perjalanan yang berterusan, meskipun pelaksanaan surcaj bahan api baharu bagi menangani lonjakan harga bahan api jet susulan konflik di Asia Barat menyebabkan kenaikan tambang penerbangan.

Kos Subsidi BUDI95 Melonjak, Semakan Kedudukan Kewangan Dilihat Wajar - Ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Kerajaan mungkin perlu menyemak semula kedudukan kewangan dan peruntukan subsidi semasa sekiranya kos subsidi BUDI MADANI RON95 terus melonjak susulan tekanan krisis tenaga global, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Perdagangan Borong, Runcit Malaysia Naik 5.3 Peratus Kepada RM156.3 Bilion Pada Februari - DOSM

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia pada Februari 2026 mencatatkan jualan sebanyak RM156.3 bilion, mencerminkan pertumbuhan 5.3 peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kadar Pengangguran Kekal 2.9 Peratus Pada Februari 2026 - DOSM

PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Kadar pengangguran pada Februari 2026 kekal 2.9 peratus, mencatat bilangan penganggur yang lebih rendah, iaitu 506,800 orang, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh minat belian dalam saham perbankan diterajui oleh Public Bank dan CIMB. 

Apex Securities Kekal Unjuran KDNK 2026 Pada 4.7 Peratus, Seiring Julat Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Apex Securities Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 pada 4.7 peratus tahun ke tahun, sejajar dengan julat unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) antara 4.0 hingga 5.0 peratus.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada Jumaat, mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street semalaman yang positif menjelang rundingan gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran di Pakistan hujung minggu ini.

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi pada Khamis. 

Ringgit Terus Catat Kenaikan Berbanding Dolar AS Didorong Sentimen Lebih Baik

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada sesi pembukaan dagangan pada Jumaat, disokong oleh permintaan berterusan terhadap mata wang tempatan berikutan sentimen yang lebih baik dalam kalangan peniaga dan pelabur.

Bantuan Kewangan US$50 Bilion Diperlukan Susulan Konflik Asia Barat Asak Ekonomi Global -- IMF

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Ekonomi global kini diasak tekanan akibat krisis Asia Barat yang berlanjutan yang berpotensi memerlukan bantuan kewangan sehingga US$50 bilion (US$1 = RM3.98) bagi membantu negara-negara rentan menangani kejutannya, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Kerajaan Pastikan Bekalan Bahan Api, Asas Mencukupi Demi Kelangsungan Ekonomi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kerajaan memberi tumpuan dalam memastikan bekalan bahan api dan bahan asas mencukupi bagi membolehkan kegiatan ekonomi diteruskan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.