1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Malaysia berisiko besar kehilangan akses pasaran Amerika Syarikat (AS) dengan nilai eksport hampir RM200 bilion, kelangsungan lebih sejuta pekerjaan dan 7,700 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sekiranya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS tidak dimeterai.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) kerajaan mengutamakan usaha untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai melalui perkongsian strategik dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
1bulan ago
PETALING JAYA, 27 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyarankan pembeli minyak sawit dari China supaya berunding dengan pemain tempatan bagi mendapatkan minyak sawit pada harga yang lebih baik.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Pembiayaan bersindiket RM4.3 bilion yang baru diperoleh U Mobile Sdn Bhd akan membantu pengendali rangkaian telekomunikasi ini mempercepatkan pelaksanaan 5G selain memperkukuh kedudukannya dalam pasaran yang kompetitif di Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pertumbuhan 48 peratus dalam bahagian pasaran perbankan Islam antara 2000 dan 2024, meletakkan negara di posisi kedua seluruh dunia selepas Arab Saudi, menurut satu laporan oleh Standard Chartered (StanChart).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Emiriah Arab Bersatu (UAE), terutamanya Dubai, menganggap teknologi kewangan (fintech) dan kewangan Islam sebagai sektor yang semakin menonjol dan sewajarnya dimanfaatkan oleh syarikat Malaysia untuk merebut peluang pertumbuhan dalam bidang terbabit.
1bulan ago
Daripada M. Saraswathi
NAIROBI, 25 Nov (Bernama) -- Pengumuman untuk memansuhkan tarif ke atas import daging lembu dari Kenya bertujuan mengurangkan kos untuk pengguna Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
Daripada M. Saraswathi
NAIROBI, 24 Nov (Bernama) -- Perniagaan Kenya akan menerima layanan istimewa dari Malaysia atas dasar persahabatan dan potensi besar yang wujud antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
1bulan ago
Oleh Linda Khoo
SEOUL, 24 Nov (Bernama) -- Produk halal Malaysia mampu meneroka pasaran sektor makanan mudah dan premium Korea Selatan yang pesat berkembang, berikutan permintaan yang semakin meningkat terhadap barangan halal, organik dan daripada sumber yang lestari.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pelabuhan Klang kini secara rasminya berada dalam kedudukan antara 10 pelabuhan kontena utama dunia dalam Senarai Lloyds bagi 100 Pelabuhan Utama Dunia 2025.
1bulan ago
JOHANNESBURG, 22 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa agar tindakan tegas diwujudkan yang menumpukan aspek pelaburan antisipatori atau proaktif, pragmatisme teknologi serta mempercepat penerimagunaan dalam menangani perubahan iklim.
1bulan ago
KUCHING, 20 Nov (Bernama) -- Sarawak Energy Bhd (SEB) telah memperluaskan sokongan kepada vendor tempatan melalui kerjasama terkini dalam kewangan dengan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan United Overseas Bank (UOB) Malaysia, bertujuan untuk meningkatkan keupayaan vendor serta mengukuhkan daya tahan rantaian bekalannya.