22hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menggalakkan penggiat industri dan orang ramai untuk mengambil bahagian secara aktif dalam perdagangan minyak masak terpakai (UCO) sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyokong ekonomi kitaran negara.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Negara-negara di Asia-Pasifik kini menghadapi peningkatan risiko kekurangan fizikal, bukan sahaja tenaga, susulan serangan terbaharu Iran terhadap kemudahan LNG Ras Laffan Qatar termasuk minyak dan gas serta baja dan berpotensi melibatkan kemudahan pengeluaran makanan pada akhir tahun ini.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Konflik yang berterusan di Asia Barat, jika berlarutan, boleh menyebabkan gangguan struktur yang teruk dalam pasaran baja Malaysia, menurut Persatuan Industri Baja Malaysia (FIAM).
23hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Harga minyak boleh mencecah US$120 (US$1=RM3.93) setong jika pihak berkuasa Iran meneruskan ancaman mereka untuk menyerang lima kemudahan di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Ringgit Malaysia yang lebih kukuh membantu mengurangkan kesan kenaikan harga import global, walaupun paras liputan import negara telah menurun berbanding paras prapandemik COVID-19, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia Dr Apurva Sanghi.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Inflasi utama Malaysia dijangka kekal terkawal, disokong oleh subsidi bersasar kerajaan, di tengah-tengah konflik Asia Barat, kata Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC).
24hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Sektor hartanah Malaysia berpotensi berdepan penurunan sederhana sekiranya harga minyak kekal tinggi, berikutan peningkatan kos bahan api yang mendorong kenaikan kos pengangkutan serta kos pembinaan, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
24hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS pagi ini susulan kedudukan pelabur yang berhati-hati menjelang keputusan dasar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan kesediaan untuk mengambil risiko yang lebih baik.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) telah mengeluarkan laporan Unjuran Permintaan Jangka Panjang (LTDP) untuk perjalanan udara, yang menjangka bahawa permintaan penumpang udara global akan naik lebih daripada dua kali ganda menjelang 2050.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Airfreight Forwarders Association of Malaysia (AFAM) menggesa supaya pelarasan surcaj bahan kargo udara (FSC) oleh syarikat penerbangan tempatan dikaitkan dengan indeks harga bahan api yang diiktiraf atau penanda aras yang telus, seperti yang diamalkan oleh syarikat penerbangan antarabangsa.
26hari ago
KUCHING, 16 Mac (Bernama) -- AirBorneo mengekalkan tambang penerbangan tidak berubah walaupun kos bahan api global melonjak memandangkan syarikat penerbangan itu lebih mengutamakan sambungan berharga rendah untuk komuniti di Sarawak dan Sabah, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin.