11bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup tinggi pada Selasa sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau berikutan sentimen meningkat selepas Amerika Syarikat (AS) menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas China, kata peniaga.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Eksport minyak sawit Malaysia dijangka mengalami penurunan bermusim pada Januari dan Februari tahun ini, terutamanya disebabkan pengeluaran yang merosot, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
11bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah mengakhiri sesi tengah hari ini apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung berikutan sentimen lemah dan jualan berterusan dalam kaunter berkaitan indeks.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan yang cenderung meningkat sedikit minggu depan, susulan asas bermusim yang lebih kukuh.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan pinjaman perbankan Malaysia diunjur pada 6.0 peratus pada 2025 dalam persekitaran ketidaktentuan dalam dasar perdagangan asing, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Ringgit dijangka menunjukkan penurunan minggu depan ketika tempoh terakhir dagangan tahun ini dan permulaan dagangan 2025, dengan pergerakan mungkin berada dalam julat antara 4.47 hingga 4.50.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengatasi penyusutan awal pada Selasa apabila ditutup bercampur-campur susulan sesi dagangan yang tidak menentu.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada hari terakhir dagangan minggu ini berikutan pengukuhan mata wang unit negara maju itu selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif adalah melebihi jangkaan pasaran.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat, menjelang pengumuman data penggajian bukan perladangan (NFP) negara maju itu pada lewat hari ini, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Capital A Bhd bagi tempoh suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 30 Sept, 2024, melonjak ketara dengan mencecah RM1.64 bilion berbanding kerugian bersih sebanyak RM102.75 juta, setahun lepas.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat minggu depan, didorong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah yang berpotensi selepas penjualan menurun baru-baru ini, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM789 juta pada suku ketiga berbanding keuntungan bersih RM424 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.