3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Malaysia terus merekodkan lebihan dalam Imbangan Akaun Semasa (CAB) dalam suku pertama 2026 (S1 2026) berjumlah RM15.2 bilion, bersamaan dengan 3.0 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), secara ketara lebih tinggi berbanding RM2.7 bilion pada suku keempat 2025 (S4 2025).
3hari ago
IPOH, 15 Mei (Bernama) -- Cahya Suria Services Sdn Bhd dan Suzhou EnnoThing Technology Co Ltd, memuktamadkan kerjasama strategik menerusi NexQuantum 1 Sdn Bhd bagi memajukan Taman Digital Kecerdasan Buatan (AI) NexQuantum di Perak.
3hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat tetapi rendah kemudiannya walaupun prestasi semalaman Wall Street positif berikutan pelabur mengambil keuntungan dan berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2026 Malaysia hari ini.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah hari ini.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Ringgit mengakhiri kenaikan selama tujuh hari dagangan berturut-turut apabila rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan peniaga berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2026 hari ini.
4hari ago
Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid
ALMETYEVSK (Rusia), 14 Mei (Bernama) -- Tatneft, antara lima syarikat minyak terbesar di Rusia, terbuka untuk meneroka potensi kerjasama dalam petrokimia, penapisan dan inisiatif tenaga mampan dengan Petronas.
4hari ago
Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid
KAZAN (Rusia), 14 Mei (Bernama) -- Pengamal media telah menyatakan keperluan untuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang beretika dan berpaksikan manusia bagi melindungi warisan budaya, integriti media dan kepercayaan awam dalam persekitaran transformasi digital yang pesat, pada forum media “Heritage Code: The Digital Evolution of Meanings.”
4hari ago
Daripada Mohd Khairi Idham Amran
NEW DELHI (India), 14 Mei (Bernama) -- Malaysia berhasrat untuk memperkukuh kerjasama strategik dengan India merentasi beberapa sektor berpotensi tinggi, termasuk semikonduktor, tenaga boleh baharu, pembangunan sumber manusia dan pelancongan, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Muzafar Shah Mustafa.
4hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah bagi tiga hari berturut-turut pada Khamis, menjejaki penurunan dalam harga minyak kacang soya Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Keyfield International Bhd melonjak sebanyak 171 peratus kepada RM56.13 juta bagi suku pertama 2026, berakhir pada 31 Mac 2026 berbanding RM20.67 juta pada suku pertama 2025.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 14 May (Bernama) -- Ranhill Utilities Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM58.39 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac, 2026, disokong oleh hasil yang berjumlah RM612.53 juta.
4hari ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
BANGKOK, 14 Mei (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merangka semula budaya tempat kerja bagi menarik bakat muda dalam sektor penerbangan sambil mengimbangi kekuatan pekerja berpengalaman, ketika lapangan di seluruh dunia mengalami perubahan pesat susulan pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI).