7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Malaysia mempunyai peluang sebanyak 55 peratus untuk mengurangkan kadar tarif akhir Amerika Syarikat (AS) kepada julat 15 hingga 19 peratus daripada kadar semasa 25 peratus sekiranya mencapai persetujuan perdagangan yang positif, kata Apex Securities Bhd.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berjaya menghantar kargo gas asli cecair (LNG) pertama daripada fasiliti baharu yang baru beroperasi, LNG Canada, terletak di Kitimat, British Columbia (B.C.), Kanada.
7bulan ago
KOTA KINABALU, 7 Julai (Bernama) -- Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd melaksanakan langkah strategik dengan meningkatkan jumlah pelaburan dan memperluas kapasiti operasi, bukti keyakinan berterusan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi Sabah.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, Julai 4 (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Kanada Mark Carney berharap rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada dapat dimuktamadkan secepat mungkin demi manfaat bersama.
7bulan ago
Daripada Arul Rajoo Durar Raj
ROM, 2 Julai (Bernama) -- Malaysia dan Itali bersetuju untuk mempertingkat hubungan ekonomi yang telah lama terjalin, dengan tumpuan kepada peralihan tenaga yang turut menarik minat Jepun dan Indonesia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, terus susut pada 3.6 peratus bagi Mei 2025 daripada penurunan 3.4 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Penstrukturan semula tarif elektrik Malaysia dijangka membawa kesan minimum terhadap keseluruhan inflasi dan kesan langsungnya terhadap indeks harga pengguna (IHPI) utama adalah kecil, kata CIMB Investment Bank Bhd (CIMB).
7bulan ago
Oleh Kamarul Ariffin Md Yasin dan Siti Nurhana Shafirah Mat Nazir
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) perlu mendepani keperluan baharu dalam era peralihan tenaga untuk kekal relevan dalam menangani keadaan ketidaktentuan ekonomi dan ketegangan geopolitik ketika ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan lawatan kerja ke Uzbekistan dan Rusia bermula Jumaat ini bagi mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dua hala selain meninjau potensi kerjasama dalam sektor tenaga dan teknologi tinggi.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Konflik Iran-Israel memberikan risiko ekonomi langsung yang terhad kepada Malaysia berikutan pendedahan perdagangan negara itu yang minimum terhadap rantau ini dan situasi sebelum ini menunjukkan kenaikan harga minyak berkaitan konflik biasanya bersifat sementara, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Syarikat minyak utama Amerika Syarikat, ConocoPhillips, memberikan tumpuan pelaburan di Sabah dan pada masa sama mengukuhkan komitmen jangka masa panjangnya terhadap Malaysia.
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas LNG Ltd (PLL) akan terus menguruskan ketidaktentuan pasaran jangka masa pendek melalui sistem operasi dan proses pengurusan risiko yang kukuh untuk memastikan penghantaran gas asli cecair (LNG) boleh dipercayai kepada pembelinya.