1bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Pasaran pertukaran mata wang asing dijangka kekal dalam sentimen berhati-hati minggu depan, termasuk kemungkinan ringgit dalam julat RM4.00 hingga RM4.05 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan perang di Iran yang masuk minggu kelima.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga diesel meningkat lebih pantas berbanding petrol berikutan kekangan struktur bekalan, permintaan industri yang berterusan dan fleksibiliti yang terhad dalam sistem penapisan, kata firma penyelidikan tenaga Rystad Energy.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Harga minyak global berkemungkinan kekal tinggi sekiranya konflik di Asia Barat terus meruncing tanpa sebarang gencatan senjata, menurut syarikat perisikan perniagaan dan penyelidikan tenaga bebas Rystad Energy, hari ini.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan pada sekitar 4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu hadapan memandangkan jangkaan konflik berpanjangan di Asia Barat terus memberi tekanan kepada mata wang tempatan.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat yang besar antara US$4,300 hingga US$4,500 minggu depan di tengah-tengah ketidakpastian pasaran susulan ketegangan di Asia Barat yang berterusan.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis, dengan indeks petunjuk pasaran susut 0.34 peratus memandangkan pelabur mengikuti rapat perkembangan Asia Barat di samping masih berhati-hati ekoran isyarat kian bercanggah dari Amerika Syarikat (AS) dan Iran mengenai kemungkinan rundingan damai.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Khamis dengan lebih tinggi namun susut kemudiannya walaupun Wall Street mencatat prestasi positif semalaman ketika sentimen pelabur dijangka tidak menentu dalam masa terdekat ini.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Momentum pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) diteruskan pada sesi awal urus niaga Khamis yang juga hari ketiga berturut-turut susulan sentimen positif didorong oleh prospek gencatan senjata antara AS dan Iran.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan meningkat ketika mengakhiri dagangan Rabu, menjejaki prestasi pasaran serantau selepas penyusutan ketara harga minyak mendorong sentimen positif pasaran secara menyeluruh.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan sekumpulan mata wang utama pada hari Rabu susulan sentimen risiko bertambah baik berikutan rundingan gencatan senjata berpotensi diadakan antara Amerika Syarikat dan Iran.
2bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Harga minyak susut daripada paras tertinggi sejak 2022 kepada kurang US$100 setong pada Selasa selepas negara-negara Kumpulan Tujuh (G7) membayangkan kesediaan melepaskan stok simpanan kecemasan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bank pelaburan mengunjurkan harga minyak mentah Brent boleh menurun kepada US$70–90 setong (bbl) (US$1 = RM3.95) selepas melebihi US$100/bbl untuk tempoh yang singkat berikutan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah.