1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Jumaat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan S&P Global Malaysia diselaraskan mengikut musim tidak berubah pada 49.5 pada Oktober 2024, dengan pesanan baharu meningkat untuk kali pertama sejak Jun 2024.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat minggu depan, kata seorang peniaga.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A.Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Malaysia yang dipilih antara rakan BRICS selain menggalas tanggungjawab Pengerusi ASEAN pada 2025, kini menjadi penghubung dalam memperjuang daya tahan ekonomi serantau serta kerjasama antara kedua-dua blok berkenaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd mencatatkan kenaikan dalam keuntungan bersihnya kepada RM92.74 juta pada suku kedua (S2) berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM41.57 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Sektor perindustrian Malaysia dijangka mengekalkan trajektori pertumbuhan pada separuh kedua 2024, dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh dan pemulihan beransur-ansur dalam pasaran global, kata Public Investment Bank Bhd (PIVB).
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Pengurangan kadar faedah di beberapa negara di seluruh dunia mencerminkan peralihan dasar monetari global kepada pendirian yang lebih longgar, didorong oleh keadaan ekonomi domestik yang berbeza, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menjangka ringgit kekal kukuh sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di rantau ini.
1tahun ago
Oleh Wong Chun Wai
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Ramai pengguna sedang mempertimbangkan sama ada membeli iPhone 16 terbaharu di pasaran tempatan adalah pilihan kewangan yang lebih baik dengan mengambil kira turun naik nilai ringgit berbanding nilai mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dan dolar Singapura.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Pelaburan berjumlah RM160 bilion yang diluluskan Malaysia bagi separuh pertama 2024, merangkumi RM85.4 bilion pelaburan domestik (DI) dan RM74.6 bilion dalam pelaburan asing (FI), menunjukkan bahawa negara tidak terlalu bergantung kepada FI untuk merangsang ekonominya.