12hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) mengunjurkan pertumbuhan sistem pinjaman Malaysia meningkat pada kadar 4.0 peratus kepada 5.0 peratus pada 2026, sejajar dengan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.0 peratus hingga 5.0 peratus.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Keupayaan Malaysia mempunyai asas-asas ekonomi kukuh, prospek pertumbuhan positif serta pelaksanaan langkah pembaharuan ketika ini akan terus menyokong ringgit susulan krisis di Timur Tengah, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Harga minyak boleh melonjak ke paras tiga digit sekiranya konflik di Timur Tengah berlarutan, kata firma penyelidikan tenaga global, Rystad Energy.
13hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, mencerminkan pendirian dasar monetari yang terus menyokong ekonomi dalam keadaan persekitaran luaran semakin tidak menentu.
13hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Ringgit kekal dalam julat kecil dan ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah memberi kesan kepada sentimen pasaran dan menyokong dolar AS.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang mengambil langkah proaktif bagi mengurangkan kesan konflik geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 2.75 peratus.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent dijangka stabil selepas lonjakan awal didorong oleh faktor geopolitik, mengekalkan kadar inflasi Malaysia pada tahap sederhana pada 1.6 hingga 1.9 peratus dan defisit fiskal tahun 2026 diunjurkan pada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Apex Securities Bhd.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Konflik berpanjangan di Timur Tengah dijangka mengekalkan paras terendah harga minyak mentah pada 2026, memberikan sokongan asas kepada harga minyak sawit dan mengukuhkan trend yang lebih kukuh di seluruh pasaran minyak boleh dimakan global.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kementerian Ekonomi akan mengadakan satu mesyuarat penyelarasan bersama Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan bagi membincangkan kesan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran terhadap ekonomi Malaysia.
14hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah, khususnya gangguan laluan tenaga di Selat Hormuz terus menjejaskan pasaran kewangan global apabila pelabur beralih kepada aset selamat susulan kebimbangan terhadap kesinambungan bekalan tenaga dunia.
14hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Ringgit mengakhiri penurunan selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong permintaan baharu terhadap unit tempatan.