Terdapat 87 berita berdasarkan kata kunci carian " ketibaan"

Pelabuhan Klang Sasar Kendali 15 Juta TEU Kontena Pada 2025 - Loke

KLANG, 17 Feb (Bernama) -- Pelabuhan Klang menyasarkan pengendalian 15 juta unit kontena bersamaan 20 kaki (TEU) pada 2025 yang mewakili peningkatan sebanyak 2.3 peratus berbanding pada 2024.

Logistik Halal: Peluang Berharga Bagi Malaysia

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) – Malaysia perlu meneraju pembangunan ekosistem logistik halal yang komprehensif dengan menyegerakan penubuhan piawaian persendirian pertama global dalam logistik.

Ekonomi Malaysia Berkembang 5.1 Peratus Pada 2024, Sejajar Dengan Sasaran Kerajaan

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 daripada 3.6 peratus pada 2023, sejajar dengan sasaran kerajaan antara 4.8 peratus hingga 5.3 peratus tahun ke tahun.

Sektor Perkhidmatan Naik 6.3 Peratus, Catat Hasil Tertinggi Baharu RM2.4 Trilion Pada 2024

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 6.3 peratus kepada RM2.4 trilion pada 2024 berbanding RM2.3 trilion pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Gabungan Lestari, Kesejahteraan Ciri Unik Percutian Eko Mewah The Chateau Berjaya Hills

Oleh Harizah Hanim Mohamed

BENTONG, 6 Feb (Bernama) – Pengharmonian elemen santai, menikmati keindahan selain menyuntik kesedaran mengurangkan impak ke atas alam semula jadi menjadi pendekatan Berjaya Hills Resort Bhd bagi menghidupkan percutian eko di The Chateau Spa and Wellness Resort di sini.

Untung Bersih F&N Bagi Suku Pertama 2025 Susut Kepada RM169.018 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) bagi suku pertama 2025 berakhir 31 Dis, 2024 menyusut kepada RM169.018 juta daripada RM170.737 juta yang direkodkan bagi tempoh yang sama tahun lalu.

KDNK 2024 Malaysia Dijangka Cecah 5.1 Peratus Berbanding 3.6 Peratus Pada 2023

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

AirAsia Sasar Terbangkan Lima Juta Penumpang Ke Sabah Tahun Ini

KOTA KINABALU, 14 Jan (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menyasarkan untuk menerbangkan lima juta penumpang ke Sabah melalui Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau pada 2025, hampir dua kali ganda daripada 3.7 juta ketibaan yang direkodkan pada 2024.

Anggaran Awal KDNK Suku Keempat 2024 Dijangka Tumbuh Lima Peratus - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2024 Malaysia dijangka berkembang pada 5.0 peratus, menyederhana daripada 5.3 peratus dalam suku ketiga 2024, demikian menurut CIMB Securities Sdn Bhd. 

Kemampanan, Inovasi Pemangkin Prospek Cerah Pasaran Hartanah - Knight Frank Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) – Pasaran hartanah Malaysia dijangka berkembang pada 2025 dengan tumpuan terhadap kemampanan, inovasi dan peningkatan kesalinghubungan membabitkan wilayah penting yang dalam kedudukan tepat untuk menarik pelabur tempatan dan asing.

Arte Corp Bekerjasama Dengan COBNB Malaysia Untuk Projek GDV RM460 Juta Di Mont Kiara

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Pemaju hartanah Arte Corp Malaysia bekerjasama dengan COBNB Malaysia, pengendali penginapan mewah jangka pendek, untuk menguruskan unit-unit kediaman ikonik Arte Solaris yang dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar RM460 juta di Mont Kiara.

Tragedi Disember: Penutup Yang Suram Bagi Penerbangan Global Akhiri 2024

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) — Beberapa syarikat penerbangan berdepan cabaran yang dahsyat, mengubah penghujung tahun ini sebagai babak tragik bagi penerbangan global, menjadikan Disember yang suram selain meragut banyak nyawa.