Terdapat 2291 berita berdasarkan kata kunci carian " mei"

Ringgit Tinggi Berbanding Kebanyakan Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar AS pada dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh selepas data pasaran tenaga kerja AS lebih baik daripada jangkaan.

Bursa Malaysia Dijangka Uji Semula Paras 1,700

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dijangka menguji semula paras 1,700 dan diunurkan dalam julat antara 1,710 hingga 1,715 pada minggu depan, disokong oleh selera risiko yang semakin baik serta penilaian menarik dalam kalangan saham mewah Malaysia terpilih.

SKP Terbitkan Standard Untuk Kawal Selia BNPL, Lima Aktiviti Kredit Pengguna Lain 

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) menerbitkan Standard Pelesenan dan Pendaftaran (AS) serta Standard Pelakuan (CS), yang akan mengawal selia skim beli sekarang bayar kemudian (BNPL) dan lima lagi aktiviti perniagaan lain yang sebelum ini tidak dikawal selia di bawah Fasa 1 Akta Kredit Pengguna 2025 (AKP).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kelemahan Harga Minyak Soya CBOT

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat dipengaruhi oleh kelemahan berterusan dalam niaga hadapan minyak soya Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aktiviti Belian Saham Berharga Rendah Berterusan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks petunjuk pasaran meningkat 0.60 peratus disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini, meskipun prestasi lemah di pasaran serantau.

MyCEB Perkukuh Kehadiran Acara Perniagaan Malaysia Di Asia Tengah

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), dengan sokongan Tourism Malaysia Almaty dan Kedutaan Malaysia di Uzbekistan, berjaya menganjurkan Program Sales Call MyCEB pertamanya dan Seminar Acara Perniagaan Malaysia di Almaty, Kazakhstan pada 2 Jun serta di Tashkent, Uzbekistan pada 4 Jun.

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS, Meningkat Berbanding Mata Wang Utama

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat, tetapi mengukuh berbanding mata wang utama lain dalam keadaan pasaran pertukaran asing berhati-hati berikutan pihak berkuasa di Asia mengeluarkan kenyataan menyatakan komitmen mereka untuk menstabilkan mata wang masing-masing.

Harga Minyak Soya Lemah Asak Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) susut pada akhir dagangan hari ini, diasak oleh kelemahan harga minyak kacang soya dan penurunan prestasi eksport.

ConocoPhillips Perkukuh Komitmen Di Sabah, Tingkat Pelaburan Medan Gas KBB

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- ConocoPhillips Sabah Gas Ltd yang juga pengendali Medan Gas Kebabangan (KBB) di luar pesisir Sabah, membuat Keputusan Pelaburan Muktamad (FID) pada 21 Mei, 2026 bagi pembangunan Fasa 2 medan gas itu.

​​​​​​Malaysia Giat Tangani 'jurang' Kawal Selia Dibangkitkan USTR - MITI

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Kerajaan sedang giat menangani "jurang" kawal selia yang diketengahkan menerusi laporan Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Airasia X Nafi Laporan Airasia Filipina Digantung, Operasi Berjalan Seperti Biasa

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- AirAsia X menafikan laporan media baru-baru ini yang mendakwa operasi AirAsia Filipina telah digantung.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Kebimbangan Dasar Perdagangan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Ringgit diniagakan sedikit kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan hari ini apabila sentimen lemah terhadap mata wang negara maju itu mengatasi kesan data ekonomi utama AS yang lebih baik daripada jangkaan.