Terdapat 130 berita berdasarkan kata kunci carian " mempertingkatkan"

Kaamatan Platform Tingkat Industri Pelancongan, Lonjak Ekonomi Rakyat Sabah

KOTA KINABALU, 22 Mei (Bernama) -- Pesta Kaamatan tahun ini menjadi platform penting dalam mempertingkatkan industri pelancongan sekali gus melonjakkan ekonomi rakyat di Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Eksport Halal Malaysia Ke Algeria Meningkat 24 Peratus kepada RM156.3 Juta pada 2024

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Eksport halal Malaysia ke Algeria melonjak sebanyak 24 peratus kepada RM156.3 juta pada 2024 dengan penghantaran termasuk makanan dan minuman, kosmetik, bahan disahkan halal dan derivatif minyak sawit.

Malaysia Komited Percepatkan Pertumbuhan Aeroangkasa, Maritim Untuk Perkukuh Daya Tahan - MIDA

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengesahkan komitmen negara untuk mempercepatkan pertumbuhan dalam sektor aeroangkasa serta pembinaan dan pembaikan kapal bagi mengukuhkan daya tahan ekonomi.

Finland Berhasrat Memperdalam Hubungan Perdagangan Dengan Malaysia

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, May 21 (Bernama) -- Finland berhasrat untuk memperdalam hubungan ekonomi dengan Malaysia, memfokuskan kepada ekonomi kitaran, penyelesaian tenaga mampan dan pintar, pendigitalan dan semikonduktor bagi merancakkan perdagangan dan pelaburan di rantau ini.

PKFZ Perkenal Pelan Induk Baharu Untuk Zon Pintar, Sedia Masa Depan

PELABUHAN KLANG, 20 Mei (Bernama) -- Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang merupakan zon perindustrian bebas dan komersial terkemuka di Malaysia, memperkenalkan pelan induk PKFZ 2.0 hari ini, sebuah visi baharu yang berani untuk zon pintar dan sedia masa depan.

Malaysia Gesa WTO Laksana Pembaharuan Untuk Kekal Relevan dalam Sistem Perdagangan Global

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama)-- Malaysia menggesa Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mempertingkatkan peranannya dalam membantu negara membangun dan kurang membangun, selain melakukan pembaharuan agar terus relevan dalam sistem perdagangan global.

Lanjut ECRL Ke Sungai Golok Tingkat Perdagangan Malaysia-Thailand – Duta Thailand

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Malaysia yang bermula di Kota Bharu, Kelantan dicadang supaya dilanjutkan ke sempadan Sungai Golok bagi meningkatkan keterhubungan rel di antara Thailand dengan Malaysia, kata Duta Besar Thailand ke Malaysia Lada Phumas.

Tarif AS: Kerajaan Tingkatkan Jaminan SJPP RM1 Bilion Bagi Bantu Pengeksport PKS

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan bersetuju meningkatkan jaminan sebanyak RM1 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) khusus untuk membantu pengeksport Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang terjejas susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan pinjaman. 

Labuan IBFC Catat Pertumbuhan Kukuh Dalam Sektor Utama Pada 2024

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pusat Perniagaan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam sektor utama pada 2024 dipacu oleh kebolehsesuaian kawal selia dan inovasi pasaran.

MAVCOM Laporkan 99 Peratus Aduan Pada Separuh Kedua 2024 Telah Diselesaikan

KUALA LUMPUR, April 22 (Bernama) -- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melaporkan sebanyak 99 peratus daripada semua aduan yang diterima pada separuh kedua 2024 (2H 2024) telah berjaya diselesaikan.

Malaysia, China Jalin Kerjasama Perkukuh AI Dan Ekonomi Digital

PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Malaysia dan China bersetuju untuk mempromosikan dan membangunkan ekonomi digital kedua-dua negara di samping memperkukuh kerjasama dalam teknologi kecerdasan buatan (AI).

Untung Bersih CLMT Suku Pertama Naik Kepada RM37.49 Juta, Agihan Seunit 1.28 Sen

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu sebanyak RM37.49 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM33.49 juta pada tahun sebelumnya.