13hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd melantik Effendy Shahul Hamid sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), berkuat kuasa 6 April, 2026, bagi memperkukuh dan memperkuat jajaran kepimpinan kumpulan seiring dengan langkah syarikat memasuki fasa pertumbuhan seterusnya.
13hari ago
Oleh Hasnah Jusid
JOHOR BAHRU, 30 Mac (Bernama) -- SME Corp Malaysia akan mempergiat usaha memastikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan memainkan peranan signifikan dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) selaras agenda memperkukuh daya tahan dan sumbangan sektor itu kepada ekonomi negara.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Penyenaraian pertama BIMOffice Group Bhd di Pasaran LEAP Bursa Malaysia hari ini ternyata kukuh dengan mencatat harga 26.5 sen atau menokok 11.5 sen berbanding harga rujukan 15 sen selain 40,000 saham diniagakan.
14hari ago
JOHOR BAHRU, 29 Mac (Bernama) -- Kerajaan menumpukan usaha mengimbangi kebajikan rakyat, tekanan inflasi dan pertumbuhan ekonomi susulan ketidaktentuan global akibat konflik Asia Barat dengan sasaran pertumbuhan 2026 kekal pada 4.0 hingga 4.5 peratus setakat ini.
15hari ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 28 Mac (Bernama) -- Daniel Doughty dipilih semula sebagai Pengerusi Institut Logistik dan Pengangkutan Berkanun Malaysia (CILTM) Cawangan Sabah pada mesyuarat agung tahunan (AGM) 2025, mencerminkan keyakinan berterusan terhadap kepimpinannya.
15hari ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 28 Mac (Bernama) -- Institut Logistik dan Pengangkutan Berkanun Malaysia (CILTM) Cawangan Sabah menyokong pendekatan kerajaan Persekutuan dalam menangani perbezaan harga diesel antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur, dengan menegaskan bahawa struktur harga itu mencerminkan realiti struktur dan logistik asas, bukannya layanan keutamaan.
15hari ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 28 Mac (Bernama) -- Perbadanan Labuan (LC) mengemukakan permohonan cadangan (RFP) kepada pelabur tempatan dan asing bagi pemajakan dan pembangunan lapan aset miliknya termasuk tapak bekas Hotel Labuan yang dirobohkan baru-baru ini.
15hari ago
Oleh Nur Faradilla Mohamad
MERSING, 28 Mac (Bernama) -- Daripada hampir dua jam di dapur untuk menyiapkan produk jualan, seorang usahawan kecil di sini kini boleh menarik nafas lega apabila dapat menjimatkan proses memasak dengan peralatan baharu yang lebih efisien.
15hari ago
Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen
JOHOR BAHRU, 28 Mac (Bernama) -- Program Agro Komuniti B40 Tanaman Nanas MD2 yang dilaksanakan Aqina Fruits Sdn Bhd (AFSB) dengan kerjasama Agrobank, memacu dan menyokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2: Sifar Kelaparan melalui pemerkasaan golongan berpendapatan rendah dalam sektor pertanian.
17hari ago
IPOH, 26 Mac (Bernama) -- Wah Seng (1986) Distribution Centre yang terletak di Taman Maju Rapat di sini merupakan gudang pertama di negara ini menerima perakuan penarafan GreenRE Platinum.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Keuntungan bersih Binastra Corporation Bhd meningkat kepada RM133.49 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2026 (TK2026) daripada RM90.26 juta pada tahun sebelumnya.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melancarkan Makmal Inovasi ICM (FIKRALab) iaitu platform penciptaan bersama berstruktur serta penyelidikan dan pembangunan gunaan untuk membangunkan produk dan instrumen baharu pasaran modal Islam (ICM).