Terdapat 67 berita berdasarkan kata kunci carian " penampan"

Inflasi Malaysia Diunjur 2.9 Peratus Pada 2025 - Allianz

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia diunjurkan pada 2.3 peratus tahun ini dan 2.9 peratus pada 2025 berbanding unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu antara 2 peratus dan 3.5 peratus bagi 2024, kata Ketua Ahli Ekonomi Allianz SE Ludovic Subran.

Kedudukan Kewangan Kukuh TNB Penting Untuk Perkhidmatannya Kepada Rakyat

Oleh M. Saraswathi

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bagi syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB), kedudukan kewangan kukuh, disokong oleh lembaran imbangan yang sihat, hutang rendah dan aliran tunai kukuh, membolehkannya memperuntukkan modal ke arah peningkatan infrastruktur, penyelidikan dan pembangunan serta penambahbaikan operasi yang memberi manfaat kepada pengguna.

Biro Kredit Malaysia Dan Singapura Sokong Pemberian Pinjaman - Moody’s

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) --  Malaysia dan Singapura merupakan dua negara di ASEAN yang mempunyai biro kredit mantap yang mengumpul data meluas daripada pelbagai sumber, disokong oleh tahap penembusan perbankan tinggi dalam ekonomi mereka, kata Moody’s.

Belanjawan 2025: Kenanga IB Jangka Kerajaan Tingkat Perbelanjaan Pembangunan

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan dijangka memperuntuk perbelanjaan pembangunan yang lebih tinggi sebanyak RM94.5 bilion dalam Belanjawan 2025 daripada unjuran RM88.5 bilion pada 2024, untuk meningkatkan sektor infrastruktur.

ASEAN+3 Hadapi Cabaran Kenaikan Semula Inflasi, Ketidaktentuan Geopolitik - AMRO

SINGAPURA, 10 Okt (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3, dalam jangka masa terdekat, perlu terus berhati-hati terhadap risiko berkaitan dengan peningkatan semula inflasi, ketegangan geopolitik yang semakin buruk serta kelembapan pertumbuhan global, yang boleh mencabar daya tahan sistem kewangan rantau ini.

Pasaran Kewangan Domestik Kekal Berdaya Tahan Dalam Persekitaran Tidak Menentu Global - BNM

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Keadaan pasaran kewangan domestik kekal teratur sepanjang tempoh tidak menentu yang ketara dalam pasaran kewangan global pada suku kedua dan ketiga tahun 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

OPR Dijangka Kekal Pada 3.00 Peratus Meskipun Fed Mungkin Turunkan Lagi Kadar - Rakuten

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mungkin menurunkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas lagi tahun ini.