1tahun ago
BANGI, 24 April (Bernama) -- Malaysia meletakkan dirinya untuk menjadi pemain utama dalam rantaian nilai unsur nadir bumi (REE) dalam persekitaran perubahan landskap geopolitik dan perang perdagangan yang berlanjutan antara Amerika Syarikat dan China.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) diberi sasaran bagi meningkatkan eksport barangan negara sebanyak lima peratus kepada RM1.58 trilion pada 2025.
1tahun ago
KEPALA BATAS, 23 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan untuk meneroka pasaran sedang pesat membangun untuk memperkukuh dan meningkatkan perdagangan negara tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Penolong Editor Perkhidmatan Berita Ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Niam Seet Wei dinamakan sebagai penerima anugerah biasiswa Program Residensi Khazanah Nasional Bhd (KRP) Wolfson Press Fellowship 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan terus memegang tanggungjawab sebagai pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk tempoh dua tahun lagi, bermula 18 April 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan Perdagangan Digital MADANI (MDT), sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bersedia untuk melancarkan Perdagangan Digital MADANI (MDT), pameran maya bersepadu, pada 13 Mac, 2025, di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- MBSB Group melancarkan Pusat Perbankan Komersialnya di ibu pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di sini, sekali gus mengukuhkan komitmennya untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat bersaiz sederhana terutamanya yang berkembang ke pasaran antarabangsa.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menganjurkan edisi kedua peringkat antarabangsa Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Shanghai, China.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kerajaan komited membangunkan ekosistem industri nadir bumi (REE) merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran dengan menawarkan pelbagai insentif serta sokongan strategik bagi menarik lebih banyak pelaburan tempatan dan asing.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berhasil dalam memperkasakan dan membimbing 348 syarikat pertengahan (MTC) daripada pelbagai sektor melalui Program Pembangunan Syarikat Pertengahan (MTCDP) sehingga kini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menerajui 90 syarikat tempatan dan empat agensi kerajaan ke Gulfood 2025, yang diadakan mulai 17-21 Februari di Pusat Perdagangan Dunia Dubai.