Terdapat 130 berita berdasarkan kata kunci carian " sentimen berhati-hati"

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini, didorong oleh jualan di kaunter wajaran tinggi utiliti, produk pengguna dan perkhidmatan berikutan sentimen berhati-hati yang berpanjangan berkaitan tarif perdagangan global.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari ini kerana pembelian semasa harga murah telah diimbangi oleh sentimen berhati-hati dalam persekitaran ketidaktentuan global yang berterusan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter perkhidmatan kewangan di tengah-tengah sentimen berhati-hati di seluruh pasaran serantau.

Sentimen Berhati-hati, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan dalam dagangan tengah hari ini walaupun prestasi pasaran serantau kebanyakannya tinggi ketika pasaran terus diasak sentimen berhati-hati.

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini susulan sentimen berhati-hati terhadap mata wang tempatan itu meskipun dolar AS mencatatkan penurunan ekoran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah. 

FBM KLCI Rendah Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, dipengaruhi oleh sentimen berhati-hati berikutan isyarat bercampur-campur daripada prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman.

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter perkhidmatan kewangan terpilih di tengah-tengah sentimen berhati-hati dalam pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada Isnin berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu rendah, didorong oleh sentimen berhati-hati daripada Rizab Persekutuan AS mengenai kadar faedah dan perkembangan baharu perdagangan berkaitan China yang menyokong mata wang tempatan, kata penganalisis.

Pengeluaran Dijangka Meningkat, Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (CPO) bagi Bursa Malaysia Derivatives berakhir lebih rendah hari ini, diasak oleh jangkaan peningkatan pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang dan harga minyak kacang soya yang lebih lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng. 

Prospek Berhati-hati Bagi Bursa Malaysia Minggu Depan Susulan Pelabur Tunggu Respons Terhadap Tarif AS

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan prospek berhati-hati minggu depan, bergerak dalam jajaran kecil antara 1,513 dan 1,515 berikutan pelabur menunggu kejelasan mengenai respons strategik Malaysia terhadap pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini daripada sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti jualan dalam sektor perkhidmatan kewangan dan produk industri dan perkhidmatan berwajaran tinggi dalam persekitaran ketegangan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih rendah kerana pelabur mengambil keuntungan berikutan ketegangan perang perdagangan yang semakin meningkat.