1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Axiata Group Bhd (Axiata) mencatat prestasi kewangan memberangsangkan apabila meraih keuntungan bersih suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 30 Sept, 2024 yang mencecah RM976.67 juta berbanding kerugian bersih RM797.41 juta bagi suku sama setahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Rabu apabila saham utiliti membantu menyeimbangkan tekanan jualan dalam saham sektor perladangan.
1tahun ago
Daripada Syamsiah Sahat
GUANGZHOU, 26 Nov (Bernama) -- TD Furniture Group (TD Furniture) antara pengeluar sofa dan kabinet terkenal di Malaysia, menyasarkan peningkatan pengeluaran sehingga 30 peratus, menyumbang kira-kira RM7.0 juta kepada keuntungan syarikat itu tahun depan.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
DUBAI, 20 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah memuktamadkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai dengan kejayaan yang memberangsangkan selepas jualannya melangkaui sasaran sebanyak 120 peratus kepada RM2.2 bilion.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Penyertaan pelbagai jenama global dan negara luar di Smart Nation Expo 2024 membuktikan keyakinan mereka terhadap Malaysia sebagai pusat pelaburan digital utama, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
1tahun ago
KUCHING, 10 Nov (Bernama) -- Syarikat telekomunikasi U Mobile berjaya menyiapkan 78 daripada 81 menara yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dalam projek Jalinan Digital Negara (JENDELA), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
1tahun ago
Daripada NurulJannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Pavilion Malaysia di Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar 2024 (SCEWC) telah melepasi petunjuk prestasi utamanya (KPI), menunjukkan acara itu telah mencatatkan kejayaan, menurut Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
1tahun ago
BARCELONA, 7 Nov (Bernama) -- Malaysia sedang mengintai peluang kerjasama dengan Barcelona Supercomputing Center (BSC) yang mempunyai peranan penting aktif dalam membangunkan pengkomputeran berprestasi tinggi di Sepanyol dan seluruh Eropah.
1tahun ago
Oleh NurulJannah Kamaruddin
BARCELONA, 5 Nov (Bernama) -- Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) menyasarkan pembiayaan lestari sebanyak RM10 bilion dan pembiayaan hijau RM1 bilion menjelang 2030 melalui Pelan Hala Tuju Kelestarian 2.0.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin sasaran utama yang ditetapkan bagi tahun pertama Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dapat dicapai memandangkan tiga daripadanya telah merekodkan pencapaian memberangsangkan, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berfungsi sebagai pintu masuk utama untuk eksport Taiwan ke negara-negara Asia memandangkan wujud banyak persamaan dalam perjalanan pembangunan mereka, kata Timbalan Datuk Bandar Kaohsiung, Charles Lin.