Terdapat 83 berita berdasarkan kata kunci carian " suku keempat 2024"

MIDF Unjur Ekonomi Malaysia Tumbuh 4.6 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada 4.6 peratus tahun ini, dipacu oleh peningkatan perbelanjaan dan pelaburan domestik di samping pengembangan berterusan dalam perdagangan luar, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Pakar Ekonomi : KDNK Malaysia 2024 Dijangka Melangkaui Anggaran Pada 5.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- UOB Kay Hian Wealth Advisors optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Malaysia akan melangkaui anggaran awal sebanyak 5.1 peratus yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.  

KDNK 2024 Malaysia Dijangka Cecah 5.1 Peratus Berbanding 3.6 Peratus Pada 2023

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Untung Bersih Bursa Malaysia Suku Keempat Dijangka Lebih Rendah Kerana DATV

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi suku keempat yang berakhir 31 Dis, 2024 dijangka lebih rendah daripada suku ketiga 2024 disebabkan oleh purata nilai dagangan harian (DATV) lebih rendah untuk pasaran sekuriti, menurut AmInvestment Bank Bhd.

Anggaran Awal KDNK Suku Keempat 2024 Dijangka Tumbuh Lima Peratus - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2024 Malaysia dijangka berkembang pada 5.0 peratus, menyederhana daripada 5.3 peratus dalam suku ketiga 2024, demikian menurut CIMB Securities Sdn Bhd. 

KDNK 2025 Malaysia Dijangka Kekal Stabil Pada 5 Peratus - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal stabil pada kadar lima peratus pada 2025, selaras dengan sasaran kerajaan antara 4.5 dan 5.5 peratus, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Kenanga IB: Pinjaman Sektor Perbankan Diunjur Tumbuh 6.0 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan pinjaman perbankan Malaysia diunjur pada 6.0 peratus pada 2025 dalam persekitaran ketidaktentuan dalam dasar perdagangan asing, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Ekonomi Singapura Berkembang 4.3 Peratus Pada Suku Keempat 2024 - MTI

SINGAPURA, 2 Jan (Bernama) -- Ekonomi Singapura berkembang sebanyak 4.3 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2024, lebih perlahan daripada pengembangan 5.4 peratus pada suku sebelumnya, menurut anggaran awal daripada Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI).

FBM KLCI Diunjur Dalam Julat 1,600-1,610 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan momentum pemulihannya pada beberapa minggu akan datang dengan FBM KLCI diunjurkan dalam julat antara 1,600 hingga 1,610 minggu depan, kata Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan.

Prospek Perniagaan Suku Keempat 2024 Kekal Positif - MIER

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan prospek perniagaan bagi tempoh suku keempat 2024 kekal positif dengan Indeks Keyakinan Perniagaan (BCI) mencecah hampir 105 mata.

RHB Investment Bank Jual Kepentingan Ekuiti Dalam Rhb Securities Thailand

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd, anak syarikat milik penuh RHB Bank Bhd, akan melepaskan kira-kira 99.95 peratus kepentingan ekuitinya dalam RHB Securities (Thailand) Public Company Ltd serta keluar daripada pasaran pembrokeran saham dan sekuriti Thailand.

Petronas Chemicals Catat Kerugian Bersih RM789 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM789 juta pada suku ketiga berbanding keuntungan bersih RM424 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.