2bulan ago
JOHOR BAHRU, 11 Dis (Bernama) -- Malaysia melakar sejarah baharu dalam pembangunan sistem pengangkutan negara dengan peluncuran penyempurnaan dan pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru hari ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM438.07 juta untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Oktober 2025 berbanding RM303.54 juta yang disaksikan dalam tahun sebelumnya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2026 akan dipacu oleh permintaan domestik yang berdaya tahan meskipun persekitaran permintaan bersih luar yang berubah-ubah, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar dijangka berkembang pada 4.5 peratus.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik 85 peratus Matrix Concepts Holdings Bhd, N9 Matrix Development Sdn Bhd, sedang menjual dua bidang tanah kosong bernilai RM24.61 juta di Seremban, Negeri Sembilan kepada Bidara Pesona Sdn Bhd (BPSB).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Malaysia mencatatkan lebih RM33 bilion nilai eksport getah dan produk berasaskan getah setahun dengan kekuatan teknologi penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dibangunkan Lembaga Getah Malaysia (LGM).
2bulan ago
SEREMBAN, 6 Dis (Bernama) -- Pembangunan berorientasi transit, Seremban Sentral, dijangka menjana perolehan perniagaan bernilai RM300 juta setahun dan mencipta kira-kira 2,500 peluang pekerjaan baharu pelbagai bidang sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan menjadi hab bandar moden dan berdaya saing.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$124.1 bilion setakat 28 November, 2025, tidak berubah dari 31 Oktober 2025.
2bulan ago
GENTING HIGHLANDS, 5 Dis (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mencadangkan penubuhan pasukan petugas kebangsaan yang diketuai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk memastikan Malaysia membangunkan rangka kerja kredit karbon berasaskan kelapa sawit.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Institut REHDA, cabang penyelidikan dan latihan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA), menggesa agar asas pemikiran semula diperkukuhkan, selain semakan menyeluruh terhadap dasar perumahan Malaysia yang memberi tumpuan kepada agenda ‘perumahan untuk semua’.
2bulan ago
MELAKA, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan Melaka meningkatkan usaha merancakkan pembangunan perindustrian menerusi Melaka Industrial Booster (MIB), sebuah pusat sehenti yang bertujuan mempercepatkan proses pelaburan serta memperkukuh pertumbuhan zon industri di seluruh negeri.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melihat Pekan Nanas, Johor, sebagai lokasi strategik dalam lingkungan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ), selain berpotensi tinggi menjadi kawasan sokongan pembangunan zon berkenaan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Farlim Group (Malaysia) Bhd memeterai perjanjian usaha sama dengan Fortune Lander (M) Sdn Bhd bagi melaksanakan projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM160 juta di Pulau Pinang.