BERITA TERKINI   Seniwati Maria Menado,94, meninggal dunia akibat sakit tua pada 12.25 tengah hari ini - Setiausaha Agung Seniman | Bursa Malaysia catat 16 IPO pada suku pertama 2026, dengan jumlah permodalan pasaran meningkat 11.4 peratus tahun ke tahun kepada RM2.1 trilion | SNCC sahkan sebanyak 22 kapal flotilla yang dinaiki 186 orang telah dipintas, diceroboh oleh kapal tentera rejim Zionis Israel - KPE MAPIM  | GSF2.0: Kapal Arkham III dinaiki aktivis kemanusiaan Zainal Rashid Ahmad (ZRA) antara yang ditahan Israel - KPE MAPIM | Kedudukan flotila ketika insiden intimidasi berlaku adalah kira-kira 656 batu nautika dari Pantai Gaza - KPE MAPIM | 

Terdapat 650 berita berdasarkan kata kunci carian " teknikal"

ICW & BuildXpo 2026 Akan Diadakan Di MITEC Pada November

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) & Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) 2026, yang bertemakan “Beyond Limits”, akan diadakan dari 10 hingga 12 November, 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Kerajaan Lulus RM16 Juta Bagi Program Kemampanan Penanaman Lada Bagi 2026

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan meluluskan peruntukan RM16 juta bagi Program Kemampanan Penanaman Lada tahun ini di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), kata Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Syarikat Malaysia Disaran Manfaat Peluang Dalam Pasaran Pesat India

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Syarikat Malaysia disaran meneroka peluang merentas pelbagai sektor di India termasuk semikonduktor, tenaga dan pertanian, susulan naik taraf hubungan dua hala Malaysia-India kepada perkongsian strategik komprehensif pada 2024.

Peningkatan FDI, JS-SEZ Pacu Pusat Data Dan Sektor Pembuatan Termaju Malaysia

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Malaysia menyaksikan momentum yang kukuh dalam pusat data dan perkembangan pembuatan termaju selepas dipacu oleh lonjakan pelaburan langsung asing (FDI) termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), menurut firma penasihat projek serta perundingan pengurusan dari Australia, TBH Consultancy.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dengan Belian Saham Murah Terpilih Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan aktiviti pembelian saham murah terpilih walaupun tanpa keadaan teknikal terlebih jual, susulan tiga sesi penurunan berturut-turut, kata seorang ahli ekonomi.

Pakar Cadang Wujudkan Akta TVET Bagi Tingkat Pelaksanaan NIMP 2030

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Satu rangka kerja perundangan yang komprehensif dalam bentuk Akta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Nasional akan memperkukuh lagi pelaksanaan agenda pembangunan industri dan bakat Malaysia di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Mudim Zakaria Food Industries Labur RM10 Juta Tingkat Kapasiti Pengeluaran

PENDANG, 6 Feb (Bernama) -- Syarikat makanan, Mudim Zakaria Food Industries Sdn Bhd melabur sebanyak RM10 juta bagi pembelian mesin berteknologi baharu sebagai usaha meningkatkan kapasiti pengeluaran serta menjamin kualiti produk keluarannya.

Sentimen Global Lemah Dorong Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, meneruskan penyusutan sederhana berikutan sentimen global yang negatif menjejaskan minat pelabur terhadap risiko, kata ahli ekonomi.

​​​​5,624 Pengecas EV Awam Dipasang Setakat Ini, Pengecas DC Lepasi Sasaran - Johari

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) – Sebanyak 5,624 unit pengecas EV awam telah dipasang di seluruh negara bersamaan 56 peratus daripada sasaran keseluruhan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Kecekapan Tadbir Urus Antara Pemacu Utama Dalam Realisasi Matlamat Ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kecekapan tadbir urus, disiplin kepimpinan dan kepercayaan merupakan teras keupayaan Malaysia untuk merealisasikan matlamat ekonomi, kata Tunku Laksamana Negeri Sembilan, Tunku Datuk Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum penurunannya pada tengah hari susulan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter-kaunter wajaran tinggi terpilih, terutamanya dalam sektor produk dan perkhidmatan industri, kesihatan, serta utiliti.

Malaysia Berpotensi Percepat Projek Berkaitan Iklim - Liew

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia dilihat berpotensi untuk memacu projek berkaitan iklim dan menempatkan diri sebagai model global bagi penyelesaian iklim jika modal, dasar dan pembangunan pengetahuan diselaraskan dengan berkesan, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.